MEMANG ada sesuatu yang luar biasa tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang akan melabuhkan tirainya hari ini, Ahad 12 Jun.
Sambutannya sangat menakjubkan. Bayangkanlah hari Sabtu, jam 8.30 pagi kawasan sekitar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di mana ia berlangsung dah jem gila.
Belalang yang hinggap singgah sebentar di situ untuk menghadiri satu majlis pelancaran buku baharu terpegun melihat manusia yang begitu ramai. Belalang anggap semua yang menyerbu WTCKL adalah pencinta buku atau ulat buku.
Belalang melihat sendiri bagaimana pengunjung masuk ke dewan pameran mengusung beg pakaian. Sudah pastinya untuk mengisi buku yang bakal diborong, bukan untuk mengisi pakaian.
Daripada peminat komik, novel cinta, novel remaja, novel sastera, antologi cerpen, biografi, autobiografi sehinggalah kepada buku ilmiah − setiap sudut dipenuhi dengan peminatnya yang tersendiri. Belalang pun sama.
Dalam keasyikan membelek pelbagai genre buku dan sebagainya, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.
Sebaik sahaja Belalang mengangkat kepala menoleh ke arah orang ramai, Belalang sudah tidak nampak koridor atau ruang kosong lagi dah. Yang Belalang lihat adalah lautan manusia.
Manusia begitu padat sehinggakan tiada ruang untuk mencelah dan berjalan.
Jelas sekali, selepas penangguhannya pada Februari lalu, ramai yang menantikan penganjuran pesta buku terbesar negara ini. Apatah lagi, baki dua hari terakhir ini menawarkan diskaun hebat yang luar biasa.
Musim cuti sekolah pun memainkan peranan sama − mendorong pengunjung membanjiri pesta ini.
Menampilkan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada penerbit, pengedar dan pemilik gedung buku dari dalam dan luar negara, PBAKL sudah pastinya menjadi syurga dunia kepada pencinta buku.
Kali terakhir PBAKL diadakan secara fizikal pada tahun 2019 telah merekodkan kehadiran pengunjung seramai satu juta orang.
Walaupun ia gagal mencapai sasaran 1.5 juta pengunjung, namun tahun ini Belalang menganggarkan ia mampu mencecah sehingga dua juta pengunjung.
Sambutan hangat ini juga membuktikan industri buku tidak mati dan tidak pupus. Sebaliknya, jika kena cara, ia akan terus hidup, apatah lagi rakyat Malaysia memang suka meraikan sesuatu yang dinamakan pesta.
Maka, ada baiknya juga jika PBAKL dijadikan pesta buku selama sebulan. Tempoh seminggu dirasa terlalu singkat.
Belalang - Menerima hadiah pertama hari jadi berupa sebuah buku daripada bapa....
Klik di sini untuk terus membaca