SHAH ALAM - Bapa mangsa pembunuhan tragis Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan sepenuhnya.Zulkarnain Idros, 58, berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bapa mangsa pembunuhan tragis Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan sepenuhnya.

Zulkarnain Idros, 58, berkata, hukuman mati mandatori adalah simbol keadilan kepada keluarga mangsa yang diperlakukan dengan kejam.

"Nyawa dibalas dengan nyawa jika mereka terbukti bersalah. Jika mereka berani buat, maka mereka juga harus berani menanggung risiko,” katanya kepada Sinar Premium.

Kematian Zulfarhan pada 2017 menggemparkan negara selepas tubuh Allahyarham mengalami kesan lecur teruk, malah dikatakan ditekap lebih 90 kali menggunakan seterika.

Pada 2 November 2021, 18 penuntut UPNM didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Dalam pada itu Zulkarnain berkata, hukuman mati mandatori sedia ada wajar diteruskan.

Bapa Zulfarhan sujud syukur di luar bilik Mahkamah Jenayah Seksyen 2 tiga tahun lalu sebaik mahkamah memutuskan 18 penuntut UPNM yang terlibat dalam kematian Zulfarhan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan

Tambahnya, kesan kepada ibu bapa mangsa yang kehilangan anak sangat mendalam sehingga Zulkarnain dan isteri jatuh sakit selepas pemergian anakanda tercinta.

"Pada 2019, saya diserang sakit jantung kerana sering kepenatan berulang alik selama empat tahun ke mahkamah.

"Isteri yang sebelum ini sihat turut terkesan dengan pemergian Zulfarhan sehingga matanya rosak akibat terlalu sedih dengan peristiwa tersebut,” ujarnya.

Walaupun sudah lima tahun berlalu, Zulkarnain dan keluarga sudah mula menerima pemergian Zulfarhan namun peristiwa hitam itu tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat.

"Sehingga kini saya masih teringat-ingat dan seumur hidup saya akan rasa kehilangan. Baru tahun ini saya membeli baju raya baharu dan menukar langsir yang saya beli pada tahun 2017 yang lalu.

"Arwah Zulfarhan suka makan ikan bawal dan baru tahun ini saya mampu membeli ikan bawal kerana adik-adiknya juga menggemari makanan tersebut. Saya juga tidak seterika baju dan menyuruh anak untuk melakukannya jika perlu,” katanya.

Sebelum ini, pemergian Zulfarhan Osman menggemparkan negara selepas tubuh Allahyarham mengalami kesan lecur teruk, malah dikatakan ditekap lebih 90 kali menggunakan seterika.

Pada 2 November 2021, 18 penuntut UPNM didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh.

Klik di sini untuk terus membaca