SEJAK akhir-akhir ini pergerakan saham tempatan menempuh situasi yang mencabar. Bagaimana pun pelabur di luar sana jangan bimbang sebaliknya yakinlah bahawa setiap krisis akan ada peluang di sebaliknya. Apa pun yang penting, sentiasa... Klik di sini untuk terus membaca

SEJAK akhir-akhir ini pergerakan saham tempatan menempuh situasi yang mencabar.

Bagaimana pun pelabur di luar sana jangan bimbang sebaliknya yakinlah bahawa setiap krisis akan ada peluang di sebaliknya.

Apa pun yang penting, sentiasa amalkan tujuh tips dan gunakan sebagai rujukan awal sebelum melabur.

1. Sebelum beli saham Kalau rasa hendak beli saham, pastikan kita faham apa yang syarikat itu buat, apa bentuk perniagaan yang syarikat itu lakukan. Buat kajian apakah perniagaan mereka, apakah syarikat mempunyai daya tahan, kalis kegawatan atau sebaliknya.

2. Pilih 'value investing'Pilih untuk membuat pelaburan jangka sederhana atau jangka panjang dan cari saham di bawah nilai kerana pulangan keuntungan dividen akan tinggi dengan berstatuskan kewangan syarikat yang kukuh.

3. Tips pilih syarikat Pilihlah syarikat yang mempunyai asas yang kukuh. Contoh yang mempunyai simpanan rezab yang tinggi. Turut jangan lupa untuk pilih juga syarikat yang mempunyai P/E ratio satu digit serta NTA & NTV yang bagus 4. Hindari saham bermasalah Saham-saham yang bermasalah adalah seperti saham PN17, waran yang expired (tamat tempoh) dan waran yang dalam keadaan aliran menurun.

5. Pilih yang risiko rendah Selain ekuiti, pilihlah instrumen yang berisiko rendah seperti Real Estate Investment Trust (REITS), Exchange Traded Fund (ETF) dan Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS).

6. 'Dollar cost averaging'Jangan buat teknik ini! Pemilihan saham yang salah adalah seperti syarikat yang tidak ada asas yang baik, tiada kekuatan kewangan dan tiada potensi perkembangan akan menyebabkan kerugian.

7. Kemas kini ilmu pelaburan Silalah kaji sektor mana yang akan bangkit dahulu apabila recovery berlaku. Ingat saham akan naik dahulu sebelum data ekonomi.

Melabur saham ni bukan magic, tekan boleh terus jadi duit. Hari ini melabur esok terus boleh pakai kereta mewah Eropah. Bukan tuan-tuan.

Ia sebenarnya perlu seiring dengan usaha. Ambil tahu risiko yang ada. Sebab itu anda sendiri perlu buat kajian syarikat pilihan.

Dan bertindak dengan ilmu yang betul. Barulah kita boleh maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian.

* Mohd Asri Ahmad ialah Mentor Pelaburan Saham Syariah

Klik di sini untuk terus membaca