BANYAKLAH komen pasal seorang bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang dapat RM30,000 sebulan tanpa buat apa-apa, selama empat tahun. Belum reda lagi cerita itu nampaknya.
Dia beritahu mahkamah, Bossku Mantan Perdana Menteri lantik beliau sebagai ‘lembaga penasihat’ 1MDB oleh sebab gajinya ‘agak kecil’.
Ramailah yang bagi tahu Awang, cerita itu bukan berasingan.
Penjawat awam pada peringkat KSN dan Ketua Setiausaha (KSU) selalunya diberi peluang duduk dalam syarikat GLC atau syarikat yang kerajaan ada kepentingan.
Mereka diberi elaun sebagai Lembaga Pengarah atau Lembaga Penasihat. Memang ramai yang buat kerja dengan jujur dan cemerlang.
Ramai daripada mereka yang beri sumbangan fikiran atau nasihat sebagai ahli lembaga pengarah atau penasihat.
Mungkin ada syarikat yang gunakan nama mereka sahaja. Sebabnya, nak isi kuota lembaga pengarah atau penasihat. Atau memang ada yang jadi lembaga pengarah atau penasihat tapi tak sumbang apa-apapun. Dapat duit elaun dan kemudahan yang ada.
Awang cadangkan KSN sekarang kaji balik keanggotaan pegawai tinggi kerajaan dalam syarikat-syarikat tersebut. Pastikan mereka buat kerja bukan makan gaji buta, kata orang.
Jangan sampai pisang berbuah banyak kali.
Klik di sini untuk terus membaca