SOAL kalah menang satu hal. Memang kita kesal pasukan Bahrain tewaskan Malaysia 2-1 dalam pertandingan kelayakan Piala Asia 2023. Kita boleh bahas panjang lebar macam mana Harimau kalah. Tapi yang paling banyak diperkatakan adalah padang... Klik di sini untuk terus membaca

SOAL kalah menang satu hal. Memang kita kesal pasukan Bahrain tewaskan Malaysia 2-1 dalam pertandingan kelayakan Piala Asia 2023. Kita boleh bahas panjang lebar macam mana Harimau kalah.

Tapi yang paling banyak diperkatakan adalah padang tempat perlawanan itu diadakan – Stadium Nasional Bukit Jalil. Nama pun ‘Stadium Nasional’.

Maknanya stadium bertaraf kebangsaan. Tapi bila tengok perlawanan itu tahulah kita betapa daifnya kualiti padang itu.

Awang pelik bagaimana boleh jadi begitu. Tentulah ada pihak yang jaga dan tadbir padang itu. Apa yang mereka buat? Siapa yang bertanggungjawab?

Lebih terkejut Awang apabila terbaca berita bahawa kerajaan dah keluarkan wang RM1 bilion untuk naik taraf kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil. Ke mana duit naik taraf itu pergi?

Selepas perlawanan itu, riuh rendahlah media sosial persoal Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Teruk mereka dikecam. Lebih-lebih lagi bila tengok cara pekerja stadium nak keringkan air selepas hujan. Awang fikir padang kampung pun tak seteruk itu.

Awang rasa tak hairanlah kalau Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bayangkan nak haramkan pertandingan di bawah kelolaannya di situ.

Klik di sini untuk terus membaca