SINGAPURA merupakan sebuah negara pulau kecil yang paling maju di Asia Tenggara sehinggakan gaji normal Perdana Menterinya adalah lebih S$2 juta (RM6.33 juta) setahun termasuk bonus. Bagaimanapun, berikutan pertempuran antara tentera Rusia... Klik di sini untuk terus membaca

SINGAPURA merupakan sebuah negara pulau kecil yang paling maju di Asia Tenggara sehinggakan gaji normal Perdana Menterinya adalah lebih S$2 juta (RM6.33 juta) setahun termasuk bonus.

Bagaimanapun, berikutan pertempuran antara tentera Rusia dengan Ukraine dan kadar inflasi yang tinggi selepas pandemik Covod-19 telah menyebabkan negara itu semakin mahal untuk didiami.

Dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh firma penasihat terkemuka Asia, Blackbox Research baru-baru ini, sebanyak 42 peratus agak bersetuju dengan kenyataan bahawa Singapura menjadi tempat tinggal yang semakin tidak mampu untuk didiami.

Sebanyak 32 peratus lagi responden menyatakan sangat bersetuju bahawa negara tersebut sedang menjadi tempat yang semakin tidak mampu untuk didiami.

Hasil kaji selidik itu bersesuaian dengan rungutan penduduk Singapura bahawa perang yang berterusan di Ukraine telah menaikkan harga barangan daripada sektor tenaga seperti elektrik, perkhidmatan sehingga kepada makanan.

Malah, Singapura pernah disenaraikan sebagai bandar raya ke-13 paling mahal di dunia untuk pekerja-pekerja luar negara untuk tahun kedua berturut-turut dalam penyelidikan Kos Sara Hidup ECA International bagi tahun 2022.

Senarai itu diumumkan pada 8 Jun lalu dengan tempat pertama diduduki oleh Hong Kong diikuti dengan New York, Geneva, London, Tokyo, Tel Aviv, Zurich, Shanghai, Guangzhou dan Seoul.

Kaji selidik bandar raya paling mahal untuk didiami itu dilakukan dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti sewa rumah, utiliti dan harga petrol.

Kira-kira 57 peratus daripada responden yang berpendapatan di bawah S$2,500 (RM7,917) sebulan dalam tinjauan itu berkata, kerajaan berhadapan dengan kadar inflasi yang teruk.

Dalam pada itu, sebanyak 59 peratus responden yang berpendapatan S$2,500 (RM7,917) hingga S$6,600 (RM19,000) merasakan perkara yang sama, menurut tinjauan tersebut.

Kira-kira 55 peratus responden dalam tinjauan itu berkata, kerajaan mengendalikan kenaikan harga yang berlaku di Singapura dengan teruk.

Daripada salun rambut kepada kerja-kerja pembaikan rumah, penyedia perkhidmatan telah menaikkan harga mereka dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini untuk menghadapi peningkatan kos, menurut laporan Channel News Asia (CNA).

Lonjakan harga dalam kos bahan mentah, logistik, tenaga kerja, serta utiliti akibat pandemik Covid-19 dan Perang Ukraine telah menyebabkan segelintir perniagaan menyerap peningkatan kos kepada para pelanggan mereka.

Singapura dijangka mengalami kadar inflasi disebabkan kesan Perang Ukraine. - Foto AFP

Seorang peniaga pernah membelanjakan sebanyak S$80 (RM253.34), satu tangki penuh petrol untuk vannya yang akan bertahan antara empat hingga lima hari tetapi ia kemudian meningkat kepada kira-kira S$130 (RM411.68) berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Seorang doktor dilaporkan berkata kepada CNA bahawa dengan kos operasi utiliti dan produk biofarmaseutikal dijangka terus meningkat, kliniknya mungkin terpaksa menaikkan harganya dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Inflasi teras Singapura meningkat kepada 3.3 peratus tahun ke tahun pada April lalu berbanding 2.9 peratus pada Mac lalu, berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan pada 23 Mei lepas didorong oleh kenaikan kos tenaga dan makanan.

Ia adalah kadar inflasi yang tertinggi sejak Januari 2012, apabila inflasi teras mencapai setinggi 3.5 peratus.

Peningkatan itu didorong oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan, barangan runcit, barangan lain, elektrik dan gas, kata Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) dalam satu kenyataan bersama.

Menurut akhbar Straits Times, keluarga seperti Masleana Mas'od, 39, yang mempunyai suami yang sakit dan seorang anak remaja dibantu dengan bantuan skim seperti ComCare SMTA apabila menerima sebanyak S$750 (RM2,378) dan subsidi untuk bayaran sewa serta utiliti pada bulan Februari dan Mac lalu.

Dia turut menerima S$150 (RM475.72) sebulan untuk menambah pendapatan dan tinggal di sebuah rumah flat perumahan awam dan bekerja sambilan di sebuah restoran dengan memperoleh pendapatan kira-kira S$800 (RM2,537.19) sebulan.

Justeru, penduduk Singapura turut menerima kesan daripada kenaikan harga barangan dan inflasi ketika ini walaupun mereka hidup di bandar raya yang semakin mahal untuk didiami. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca