TERIMA kasihlah kepada Tuk Seri Perdana Menteri yang umumkan tambang percuma sebulan untuk MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL. Bagi pengguna macam Awang, bagus sangatlah langkah itu.Awang harap rakyat ikut nasihat Tuk Seri PM yang... Klik di sini untuk terus membaca

TERIMA kasihlah kepada Tuk Seri Perdana Menteri yang umumkan tambang percuma sebulan untuk MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL. Bagi pengguna macam Awang, bagus sangatlah langkah itu.Awang harap rakyat ikut nasihat Tuk Seri PM yang mahukan kita guna kemudahan pengangkutan awam yang tersedia.

Kerajaan melalui Prasarana belanja berbilion ringgit buat MRT, LRT dan lain-lain. Tujuannya nak bagi perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap, baik dan murah.

Tapi mereka yang diberi amanah jaga semua itu ambil seriuslah tugas mereka. Awang dah lama dengar keluhan pengguna pasal MRT, LRT dan lain-lain yang sesak.

Setiap pagi dan petang hal ini berlaku di banyak stesen. Banyak pengguna datang ke pejabat lewat. Itu belum lagi eskalator rosak dan lain-lain.

Awang harap Tuk Seri PM dan Menteri Pengangkutan cuba-cubalah naik waktu pagi dan petang untuk alami sendiri masalah rakyat.

Awang juga hairan mengapa kesesakan lalu lintas makin teruk di KL. Mungkin juga pengguna kereta nak guna pengangkutan awam tapi keadaan begitu teruk pada waktu pagi buatkan mereka bawa kereta sendiri.

Nak berjalan jauh sikit takut berpeluh. Lagipun perkhidmatan bas yang bawa penumpang ke stesen tak cekap. Di stesen pula ruang letak kereta terbatas.

Awang harap kerajaan kena kaji semula semua aspek pengangkutan awam, termasuk keberkesanannya.

Klik di sini untuk terus membaca