MENGAPA sampai 24,941 orang pelajar yang mendaftar untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas tak ambil peperiksaan tersebut? Jikalau seribu dua Awang boleh faham tapi jumlahnya begitu ramai.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jumlah keseluruhan yang mendaftar untuk SPM tahun 2021 adalah 407,097 orang, jadi yang tak ambil periksa lebih 6 peratus.
Apakah puncanya? Apakah sebab pandemik Covid-19? Memang kita tahu kohort SPM 2021 terjejas teruk oleh pandemik itu. Banyak hari yang mereka tidak ke sekolah. Pelajaran mereka terganggu.Awang percaya tentu ada banyak faktor hal itu boleh berlaku.
Mungkin ada pelajar yang tak yakin nak ambil periksa oleh sebab pelajaran terganggu. Masa itu pembelajaran dibuat secara dalam talian. Ada yang tak punya kemudahan secukupnya seperti komputer riba atau telefon pintar.
Mungkin juga keadaan keluarga yang terjejas akibat Covid-19 membuatkan anak-anak yang bersekolah terpaksa bekerja. Tujuannya nak tambah pendapatan keluarga. Awang harap KPM buat siasatan mendalam tentang hal ini dan dedahkan kepada umum.
Pada masa yang sama Awang nak ucapkan tahniah kepada mereka yang dapat keputusan cemerlang.
Tapi Awang nak ingatkan daripada jumlah 397,401 yang ambil periksa hanya 9,696 orang yang dapat semua "A”. Jangan raikan yang berjaya sahaja, yang kurang berjaya atau yang gagal jangan dilupakan.
Klik di sini untuk terus membaca