PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti yang telah banyak berkorban serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan kestabilan... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti yang telah banyak berkorban serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

Kata Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri, semua pihak tidak perlu mempersoalkan sokongan Bersatu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin sebagai sebahagian daripada Menteri Kabinet.

"Soalan ini boleh mendatangkan andaian yang merosakkan banyak pemikiran rakyat. Apa yang penting Bersatu telah terbukti sebagai sebuah parti yang sebenarnya banyak berkorban demi rakyat. Dulu kita ada Perdana Menteri daripada Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, kemudian dia meletakkan jawatan. Apabila beliau meletakkan jawatan, maka diadakan pemilihan semula dan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Bersatu dipilih menjadi Perdana Menteri.

"Apabila Perdana Menteri juga daripada Bersatu, siapakah yang menyebabkan beliau (Muhyiddin) terpaksa meninggalkan kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN)?- ialah UMNO. Tapi demi kepentingan rakyat, kita tidak meletakkan kepentingan parti semata-mata. Kita memutuskan untuk berjiwa besar dan memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

"Pada ketika itu, Bersatu tidak mahu krisis kepimpinan berlarutan. Jadi mesti faham bahawa Bersatu adalah parti banyak berkorban untuk rakyat. Kadang kala orang tidak faham dan hanya mencari kesalahan sahaja. Sebenarnya Bersatulah yang banyak berkorban dan memastikan negara ini tidak kecoh.

"Apabila Dr Mahathir meletakkan jawapan semua ahli Parlimen pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong dan tandatangan akuan bersumpah (SD), siapa yang dapat sokongan majoriti, Muhyiddin. Jadi di mana salah Bersatu? Dr Mahathir yang meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Apabila buat semula pemilihan, Muhyiddin yang dapat. Adakah ini salah Bersatu?

"Kemudian Muhyiddin terpaksa 'resign', siapa yang salah? Di situ patut dipersoalkan. Siapa menarik sokongan? 15 orang ahli Parlimen daripada UMNO. Ketika itu, Muhyiddin boleh memutuskan sekarang kita tidak mahu memberikan sokongan kepada mana-mana individu. Apa akan jadi?

"Bolehkan? Jadi kenapa hari ini kamu bertanya adakah Bersatu tidak akan menyokong Perdana Menteri jika beliau mengekalkan Zuraida? Tidak payahlah dipersoalkan kerana Bersatu akan sentiasa memastikan agenda utama adalah kepentingan rakyat demi mewujudkan kerajaan lebih stabil pada masa depan. Itulah jawapan saya," katanya dalam temu bual Eksklusif bersama Sinar Premium dan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Klik di sini untuk terus membaca