SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah meluluskan sebanyak 200,000 kuota pekerja asing bagi lima sektor utama di negara. Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, lima sektor tersebut ialah pertanian, perladangan, pembuatan,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah meluluskan sebanyak 200,000 kuota pekerja asing bagi lima sektor utama di negara.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, lima sektor tersebut ialah pertanian, perladangan, pembuatan, pembangunan dan perkhidmatan.

Tambah beliau, kuota itu juga berjaya diluluskan dalam tempoh 60 hari selepas pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu.

"Semua pengambilan pekerja asing bermula selepas 1 April tahun ini yang mana kita baru sahaja membuka sempadan. Pekerja asing tidak dapat masuk sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat Rabu lalu sebanyak 14,000 pekerja asing daripada 14 negara telah berjaya dibawa masuk ke Malaysia.

Justeru, katanya, mana-mana majikan boleh memohon kuota tersebut daripada KSM.



M Saravanan

"Majikan hanya perlu bayar levi dan ikut syarat-syarat ditetapkan untuk bawa masuk pekerja asing. Kita ada pekerja asing daripada 14 negara dan majikan boleh pilih,” katanya.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan majikan pelbagai sektor di negara ini antaranya perladangan pembuatan, perkhidmatan, pelancongan, perhotelan dan pembinaan masih berhadapan dengan kekurangan pekerja asing walaupun kerajaan telah mengumumkan kemasukan tenaga kerja asing bermula 1 Oktober lalu.

Disebabkan masalah itu belum menemui jalan penyelesaian, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan situasi kekurangan pekerja di negara ini semakin meruncing.

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, sebagai contoh di sektor perladangan yang mengalami kekurangan kira-kira 72,000 pekerja, kini berdepan kerugian mencecah RM30 bilion.

Klik di sini untuk terus membaca