SHAH ALAM - Aktiviti pendanaan politik harus dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelakkan ia daripada terus disalahgunakan oleh sesetengah ahli politik bagi tujuan kepentingan peribadi. Pengerusi Bersih 2.0,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Aktiviti pendanaan politik harus dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelakkan ia daripada terus disalahgunakan oleh sesetengah ahli politik bagi tujuan kepentingan peribadi.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, dalam hal itu, SPRM perlu mengambil peranan sebelum Akta Pendanaan Politik diperkenalkan oleh kerajaan.

"SPRM atau mana-mana badan berkaitan harus memastikan isu membabitkan pendanaan politik diterima daripada sumber yang bersih,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ahli politik berkemungkinan boleh mendapatkan sebanyak mungkin dana dari dalam dan luar negara.

"Mereka boleh minta mana-mana pihak untuk ‘menderma’ tetapi pastinya ia menimbulkan persoalan sama ada dana ini diperoleh secara sah menurut undang-undang atau melibatkan jenayah terancang atau kepentingan peribadi yang mewujudkan rasuah,” kata beliau.

Tambahnya lagi, SPRM tidak perlu menunggu menerima aduan untuk bertindak jika mereka mengesyaki individu tersebut terlibat kesalahan.

"Kekangan SPRM ialah kurangnya kebebasan daripada dipengaruhi oleh ahli-ahli politik kerajaan kerana pelantikan dan pemecatan ahli-ahli suruhanjaya dalam tangan Perdana Menteri,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca