SHAH ALAM - Kekangan dan masalah tenaga kerja yang dihadapi oleh sektor utama negara seperti perladangan, perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan pada masa ini dapat diselesaikan menerusi perkembangan teknologi. Mahu tidak mahu, operasi bagi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kekangan dan masalah tenaga kerja yang dihadapi oleh sektor utama negara seperti perladangan, perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan pada masa ini dapat diselesaikan menerusi perkembangan teknologi.

Mahu tidak mahu, operasi bagi sektor-sektor tersebut pada masa kini perlu menjurus kepada peralihan tenaga kerja daripada manusia kepada mesin dan robot, sesuai dengan peredaran zaman.

Malah, semua pihak terutama orang ramai perlu bersedia menghadapi perubahan ini yang dijangka terus diperluaskan pada masa akan datang.

Mengambil contoh kekurangan tenaga kerja di restoran seperti kedai mamak, ramai pengusaha mengeluh apabila permohonan bagi mendapatkan pekerja asing masih belum dapat dipenuhi menyebabkan mereka tidak boleh beroperasi 24 jam seperti kebiasaan.

Setakat ini, Malaysia sudah menyaksikan penggunaan perkhidmatan mesin dan robot bagi mengambil serta menghantar pesanan makanan di restoran-restoran.

Justeru, tidak mustahil suatu masa nanti akan ada robot digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja di ladang ayam seperti mengutip telur ayam yang pada hari ini masih dilakukan secara manual.

Mungkin juga dengan perkembangan teknologi, tugas menuai padi tidak lagi memerlukan pemandu untuk mengendalikan jentera.

Malaysia sudah menyaksikan penggunaan perkhidmatan mesin dan robot bagi mengambil serta menghantar pesanan makanan di restoran-restoran. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sebelum ini ada pakar menyatakan satu daripada lima pekerjaan akan digantikan oleh automasi dan kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkara berkenaan diambil kira berdasarkan kepada organisasi di seluruh dunia, memberikan tumpuan kepada penggunaan teknologi itu bagi meningkatkan kecekapan dalam peniagaan mereka.

Lebih banyak pekerjaan baharu wujud bagi mengimbangi dan membolehkan pekerja melaksanakan tugas lebih besar yang akan menjurus kepada penyusunan semula peranan dalam bidang perniagaan.

Revolusi Industri 4.0 yang bermula di negara barat seperti Jerman dalam bidang pembuatan dan kini teknologi baharu muncul seperti Blockchain, kepintaran buatan (AI), robotik, dan data raya adalah antara kerangka utama komponen IR 4.0.

Dalam masa sama, kerajaan Malaysia tidak mahu ketinggalan apabila menyasarkan sebanyak 195 unit robot bagi setiap 10,000 pekerja di Malaysia pada tahun 2030 dengan membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) yang berfungsi ke arah mengarusperdanakan penggunaan teknologi robotik di negara ni.

Pelan berkenaan dijangka mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing, sekali gus meminimumkan pengaliran mata wang ke luar negara.

Jika sebelum ini kepadatan robot di Malaysia bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2019 tetapi sasaran lebih tinggi menjelang tahun 2030.

Kebergantungan kepada tenaga kerja manusia akan dapat dikurangkan sekiranya majikan di pelbagai sektor memanfaatkan teknologi semasa.

PELAYAN RESTORAN ANTARA PEKERJAAN TIDAK PERLUKAN TENAGA MANUSIA

Sementara itu, pelayan restoran antara lapan pekerjaan pada masa depan yang dijangka tidak lagi memerlukan tenaga kerja manusia susulan penggunaan mesin atau robot yang semakin berkembang.

Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Ir Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin berkata, pekerjaan lain ialah tukang cuci, pekerja pembersihan lebuh raya, operator kilang, pemetik buah sawit, penghantar surat, pustakawan dan ejen pelancongan.

Beliau berkata, penggunaan mesin dan robot di Malaysia juga menunjukkan perkembangan positif pada masa ini selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

"Kalau lihat pada masa ini pelayan restoran terutamanya di restoran mamak sudah menggunakan robot. Ini merupakan perkembangan yang biasa dihadapi.

"Semua pihak perlu bersedia bahawa peralihan kepada penggunaan teknologi sememangnya menjadi pilihan khususnya di pihak industri sebagai langkah persediaan bagi menghadapi kekurangan tenaga kerja asing ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mohd Khairul

Mohd Khairol berkata, antara sektor yang dijangka beralih cepat dari tenaga kerja manusia kepada teknologi mesin dan robot ialah industri pembuatan elektrik serta elektronik.

"Industri pembuatan melibatkan elektronik dan elektrik dijangka antara yang begitu cepat beralih disebabkan ia penyumbang utama komponen pembuatan robotik,” katanya.

Ujarnya, sektor pembuatan kenderaan terutama kereta sudah lama beralih menggunakan robot memandangkan ia memerlukan ketepatan yang tinggi.

"Apa yang saya nampak, kerja paling terkesan dan tidak memerlukan operator atau manusia ialah pekerjaan bahaya serta keadaan yang meletihkan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca