PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah membuat lawatan mengejut ke Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini pada Isnin. Ia dipercayai berkaitan dakwaan kewujudan kartel dalam pengambilan pekerja... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah membuat lawatan mengejut ke Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini pada Isnin.

Ia dipercayai berkaitan dakwaan kewujudan kartel dalam pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.

Mohd Shafiq yang memakai kemeja biru dan berseluar hitam tiba bersendirian di KSM sekitar jam 12.33 tengah hari.

Kesempatan itu turut diambil oleh Mohd Shafiq dengan menyapa beberapa majikan sedang menunggu untuk berurusan di kementerian tersebut yang kini menjadi pusat sehenti pengurusan (OSC) pekerja asing sejak 18 April lalu.

Selepas lebih sejam, Mohd Shafiq dilihat keluar dari kementerian tersebut pada jam 1.57 petang dan diiringi oleh tiga lelaki dipercayai pegawai KSM.

Bangunan KSM, Putrajaya.

Sebaik sahaja beliau meninggalkan KSM, para pegawai terbabit dilihat lega selepas terkejut menerima tetamu yang tidak disangka.

Sebelum ini, Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) membantah keputusan kerajaan Malaysia yang hanya membenarkan 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA) dan 250 subejen terlibat dalam pengambilan pekerja baru ke negara ini.

Keputusan berkenaan dilihat Baira sebagai memperluaskan lagi kuasa kartel dalam menguasai industri merekrut buruh asing di kedua-dua negara.

Baira yang mempunyai lebih 1,000 keahlian dalam permintaannya menuntut peluang sama dalam sistem pasaran terbuka.

Langkah tersebut dipercayai akan menamatkan pengoperasian kartel yang didakwa menaikkan kos pengambilan dan melakukan pencabulan hak pekerja.

Pada 7 Jun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya telah menerima lebih 200,000 permohonan pekerja asing secara dalam talian membabitkan dari Indonesia, Kemboja dan Bangladesh.

Klik di sini untuk terus membaca