SHAH ALAM - Tiga elemen i (3i) iaitu integriti, integrasi dan institusi perlu diterapkan dalam pendidikan Islam di negara ini bagi membolehkan orang ramai lebih memahami hukum agama itu. Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tiga elemen i (3i) iaitu integriti, integrasi dan institusi perlu diterapkan dalam pendidikan Islam di negara ini bagi membolehkan orang ramai lebih memahami hukum agama itu.

Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berpandangan, sudah tiba masanya pendidikan Islam disebar luas agar masyarakat berbilang kaum di negara ini saling menghormati antara satu sama lain.

"I yang pertama adalah integriti... sudah tentu isu rasuah menjadi topik yang dibicarakan. Konsep dan pendidikan Islam tentang perlakuan haram dalam budaya Malaysia ialah hanya faham babi itu haram (dimakan).

Orang Islam memang sangat menjaga bab makanan tetapi kenapa perspektif sama tidak dilihat dalam rasuah.

"Mungkin ada masalah dalam pengajaran pendidikan Islam, saya harap selepas ini umat Islam tahu beza dan menolak rasuah,” katanya dalam program Forum Khas bertajuk 'Islam di Malaysia mahu ke mana?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Dr Anis Yusal (kanan) ketika program Forum Khas bertajuk "Islam di Malaysia mahu ke mana?” yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, pensyarah Pusat Polisi Tan Sri Omar Abdul Rahman, Universiti UCSI, Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi dan Pengarah Human Capent, Dr Rozhan Othman manakala Tan Sri Johan Jaaffar bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Anis Yusal berkata, elemen integrasi dalam pendidikan Islam pula perlu lebih progresif dan inklusif selain saling menghormati antara kaum dan agama.

"I yang ketiga adalah institusi. Saya mahu lihat institusi Islam di Malaysia yang menguruskan zakat atau wakaf, melihat keadaan secara terbuka dan tidak terlalu sempit sampai lupa zakat untuk diagihkan, bukan untuk disimpan.

"Selain itu jadikan masjid sebagai taman ilmu untuk mempelajari agama, sekali gus membantu membetulkan integriti dan integrasi,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca