SHAH ALAM - Bintang rock lagenda, Datuk Ramli Sarip mengakui tidak pernah malu untuk membawa ‘masuk’ lagu berpaksi kebudayaan dalam karya-karyanya walaupun dikenali dengan imej dan tradisi rock. Menurutnya, walaupun dipengaruhi band... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bintang rock lagenda, Datuk Ramli Sarip mengakui tidak pernah malu untuk membawa ‘masuk’ lagu berpaksi kebudayaan dalam karya-karyanya walaupun dikenali dengan imej dan tradisi rock.

Menurutnya, walaupun dipengaruhi band rock terkenal seperti Santana dan Deep Purple tetapi beliau selesa untuk membawa bersama nada asli dalam lagu-lagunya.

"Sebab kita orang Melayu. Kita mesti nak tahu, nak suka dan kenal (budaya Melayu). Kita tak perlu rasa malu dan bagi saya, itulah satu kekuatan yang ALLAH SWT berikan kepada saya dengan kelebihan yang saya ada.

"Cuma apa yang kita kurang sekarang adalah lagu-lagu rakyat (folk) yang mana seseorang penyanyi itu boleh santai dan orang boleh duduk diam dengar gitar akustik. Saya rasa nak kena buat lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Bersama Johan Jaaffar yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Lagu Temasya Desa Gemalai, Zaman dan Syair Laila Majnun merupakan antara lagu Ramli Sarip atau lebih dikenali dengan jolokan 'Papa Rock' yang mempunyai teras tradisi yang kuat.

Ramli menambah, walaupun membawa lagu rock, amat penting baginya untuk mengekalkan imej sebegitu.

"Macam pengaruh saya dulu (band rock luar negara), kita boleh mengguna pakai, pinjam tetapi tak boleh jadikan kita punya. Kita kena letak balik dan jadi diri kita.

"Itu yang penting, jangan kita terikut dengan keadaan dan biarkannya (teras tradisi) hilang,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca