SHAH ALAM - Mengimbau semula kenangan silam bersama kumpulan Sweet Charity, penyanyi legenda tanah air, Datuk Ramli Sarip, 69 mengakui tindakannya untuk bergerak solo lebih tiga dekad lalu adalah satu keputusan yang sukar dan menakutkan.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Mengimbau semula kenangan silam bersama kumpulan Sweet Charity, penyanyi legenda tanah air, Datuk Ramli Sarip, 69 mengakui tindakannya untuk bergerak solo lebih tiga dekad lalu adalah satu keputusan yang sukar dan menakutkan.

Sinonim dengan gelaran Papa Rock, beliau ketika itu sedar bahawa kemampuannya dalam proses pembikinan lagu masih berada pada tahap 'ala kadar'.

Bagaimanapun, beliau tetap tekad dengan keputusannya untuk bergerak mencari hala tuju dirinya.

"Bergerak solo, satu keputusan menakutkan sebab saya tidak tahu menerbitkan dan membuat lagu, main gitar pun ala kadar.

"Tapi saya tahu arah yang saya nak. Saya akan cari Ramli Sarip. Bila saya pilih lagu daripada penyanyi lain, saya masukkan arah yang saya nak termasuk gubahan saya sendiri,” katanya.

Ramli Sarip ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ramli turut bersyukur atas bantuan dan sokongan daripada pihak syarikat rakaman pada ketika itu yang mengesyorkan beliau untuk menghasilkan album solo.

"Apabila syarikat rakaman syorkan saya buat album solo dan akan bantu serta sokong saya, jadi, saya ingat benda itu sampai sekarang.

"Saya hanya gunakan waktu rakaman 96 jam sahaja kalau dibandingkan dengan artis atau kumpulan (lain), lebih banyak.

"Saya cuba jadikan ia satu aset, kerja dan amanah di mana saya tidak boleh buang duit syarikat kerana jika banyak gunakan masa (proses rakaman), banyaklah duit royalti kita yang akan kena potong,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca