SENATOR Amerika Syarikat (AS) pada Selasa membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani keganasan senjata api yang mengancam negara itu selepas insiden tembakan rambang baru-baru ini. Difahamkan, kumpulan rentas parti yang bertungkus... Klik di sini untuk terus membaca

SENATOR Amerika Syarikat (AS) pada Selasa membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani keganasan senjata api yang mengancam negara itu selepas insiden tembakan rambang baru-baru ini.

Difahamkan, kumpulan rentas parti yang bertungkus lumus selama berminggu-minggu bagi pindaan RUU itu yakin ia akan mendapat sokongan yang secukupnya daripada kedua-dua parti untuk membolehkan ia dibawa ke meja Presiden AS, Joe Biden seawal minggu depan.

"Perundangan keselamatan senjata api dua parti ini menunjukkan perkembangan yang akan menyelamatkan nyawa.

"Walaupun bukan semua yang kita mahu, RUU ini sangat diperlukan,” kata pemimpin Senat Demokrat, Chuck Schmur dalam satu kenyataan.

Penggubal undang-udang sedar bahawa kelewatan meluluskan pindaan itu akan menjerumuskan risiko seperti insiden mengorbankan 19 kanak-kanak di Uvalde, Texas dan 10 warga kulit hitam di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, bulan lalu.

Kali terakhir pindaan undang-undang kawalan senjata api persekutuan diluluskan pada 1994, yang mengharamkan pembuatan senapang serangan dan klip peluru berkapasiti besar untuk kegunaan awam.

Menurut Arkib Keganasan Senjata Api, pindaan itu telah tamat tempoh sedekad kemudian dan tidak ada usaha serius untuk melakukan pembaharuan, walaupun purata harian insiden tembakan besar-besaran meningkat tahun Ini.

Kumpulan Senator dwipartisan bersetuju mengenai rangka kerja 12 Jun iaitu memeriksa latar belakang pembeli. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca