SHAH ALAM - Jika dahulu taktik menyeludup minyak bersubsidi RON95 dan diesel menggunakan kereta tetapi kini pihak yang terlibat dengan jenayah itu menggunakan lori bagi membawa bahan api itu ke luar negara. Ia berikutan keuntungan berganda... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Jika dahulu taktik menyeludup minyak bersubsidi RON95 dan diesel menggunakan kereta tetapi kini pihak yang terlibat dengan jenayah itu menggunakan lori bagi membawa bahan api itu ke luar negara.

Ia berikutan keuntungan berganda hasil penyelewengan dan penyeludupan minyak tersebut.

Bagaimanapun, perbuatan itu telah menyebabkan negara berdepan kerugian sebanyak RM6.1 juta setakat ini.

AZMAN ADAM

Menurut Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, jumlah yang dicatatkan itu merupakan antara yang tertinggi dicatatkan.

"Bukan itu sahaja, kerugian terhadap penyelewengan diesel dikesan meningkat pada tahun ini sebanyak RM3.06 juta.

"Selain itu, jumlah kes turut mencatatkan kenaikan lebih 100 peratus iaitu 128 berbanding 52 kes tahun lalu dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM2.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Ujarnya, peningkatan turut melibatkan kes penyelewengan bagi petrol RON95.

"Sebanyak 54 kes melibatkan nilai rampasan berjumlah RM365,116 bagi RON95 bermula 1 Januari sehingga 31 Mei lalu.

"Jumlah ini sekali gus mencatatkan perbezaan sebanyak lima kes iaitu sebanyak 49 kes direkodkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM96,787 pada tahun 2021,” jelasnya.

Perbezaan harga dalam dan luar negara

Perbezaan harga yang ketara di negara ini berbanding negara lain juga antara salah satu faktor aktiviti penyelewengan dan penyeludupan ke atas bahan petroleum ini meningkat.

Azman berkata, harga runcit petrol RON95 di Malaysia pada kadar RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter adalah sangat rendah berbanding harga runcit petrol di negara lain.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia (kanan) melihat kesan proses pemindahan minyak diesel secara haram.

Menurutnya, berdasarkan statistik terdapat peningkatan kes yang ketara bagi diesel dan petrol RON 95 bersubsidi pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

"Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes ini adalah disebabkan perbezaan harga yang ketara antara industri dan subsidi (stesen minyak) serta harga di negara jiran yang lebih tinggi berbanding harga di dalam negara,” ujar beliau.

Penyeludup guna taktik baharu

Kegiatan penyelewengan dan penyeludupan diesel dan RON95 turut dikesan menggunakan pelbagai taktik terbaharu untuk mengaburi pihak berkuasa.

Jika dahulu minyak yang diseleweng akan diisi di dalam tangki kereta yang telah diubah suai, namun beberapa siri serbuan yang dijalankan KPDNHEP mendapati taktik yang digunakan kini telah berubah.

Dalam pada itu Azman berkata, menerusi serbuan yang dijalankan baru-baru ini mendapati sindiket menggunakan kenderaan yang lebih besar seperti lori untuk menjalankan kegiatan tersebut.

"Antara yang dikesan adalah sindiket mengubah suai lori dengan meletakkan tangki untuk diisi minyak diesel di bahagian belakang.

"Taktik ini menggunakan lori tanah yang mana tangki akan diletakkan di bahagian belakang lori kemudiannya dilitupi dengan muatan tanah,” katanya.

Tambah beliau, taktik yang digunakan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa ini dipercayai telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

Klik di sini untuk terus membaca