AMERIKA Syarikat (AS) baharu sahaja mengalami kemelesetan ekonomi selama dua bulan iaitu pada Februari 2020 sehingga April 2020 ketika berada di bawah kepimpinan Presiden AS ke-45, Donald Trump. Kemelesetan itu berlaku selepas Pertubuhan... Klik di sini untuk terus membaca

AMERIKA Syarikat (AS) baharu sahaja mengalami kemelesetan ekonomi selama dua bulan iaitu pada Februari 2020 sehingga April 2020 ketika berada di bawah kepimpinan Presiden AS ke-45, Donald Trump.

Kemelesetan itu berlaku selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 telah menimbulkan ancaman kesihatan awam yang membimbangkan.

Ia menyebabkan ekonomi AS kehilangan 20.5 juta pekerjaan pada April 2020 dan mengakibatkan kadar pengangguran melonjak kepada 14.7 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh sebanyak 31.4 peratus pada suku kedua, namun ekonomi negara itu kembali pulih dalam tempoh yang singkat dalam sejarah setelah timbul kebimbangan akan berlaku Kemelesatan Besar.

Ia sekali gus menyebabkan Kongres AS dan Rumah Putih meluluskan beberapa pakej bantuan besar-besaran untuk memastikan firma dan isi rumah terus bertahan.

Bagaimanapun, selepas lebih setahun mengalami kemelesetan itu, negara Uncle Sam itu berkemungkinan terjerumus ke dalam kemelesetan.

Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Jumaat berkata, terdapat ‘laluan sempit’ untuk mengelakkan kemelesetan AS daripada berlaku dan sebarang ‘kesakitan’ sementara disebabkan oleh kemelesetan akan menjadi ‘harga yang perlu dibayar’ untuk mengelakkan inflasi yang merosakkan.

"Ekonomi terbesar dunia itu pulih dengan kuat daripada kemelesetan pandemik Covid-19, tetapi ia datang akibat ‘kesan sampingan yang tidak diingini’ ekoran kenaikan harga,” ujar Georgieva.

Dua ahli ekonomi di syarikat kewangan Jepun, Nomura Holdings Inc, Aichi Amemiya dan Robert Dent menyatakan bahawa ekonomi AS mungkin akan jatuh ke dalam kemelesetan sederhana menjelang akhir tahun ini apabila Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah untuk menurunkan harga barangan.

Kenaikan harga barangan itu berlaku ketika Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Ini bukan kali pertama ekonomi AS mengalami kemelesetan disebabkan akibat kenaikan harga disebabkan oleh perang yang berlaku di luar negara itu.

Sebahagian besar krisis tersebut disebabkan oleh faktor dalaman negara itu sendiri antaranya kejatuhan dua syarikat gergasi pembinaan landasan kereta api, spekulasi tanah.

SEKATAN MINYAK IRAN

Selain itu, tindakan para pelabur menjual pelaburan di AS disebabkan pasaran saham Eropah menjunam dan penyelewengan yang berlaku dalam sebuah syarikat kewangan gergasi antara punca masalah tersebut.

Ia juga mengalami kemelesetan ekonomi selepas terlibat dalam Perang Dunia Kedua. AS mengalami kemelesetan ekonomi yang berlarutan selama lapan bulan iaitu dari Februari hingga Oktober pada tahun 1945 akibat kesan semula jadi Perang Dunia Kedua.

Washington turut dilanda kemelesetan ekonomi selama 16 bulan iaitu dari November 1973 hingga Mac 1975 disebebkan oleh sekatan minyak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang dipersalahkan kerana harga minyak meningkat empat kali ganda tetapi tindakan yang diambil oleh Presiden AS ketika itu, Richard Nixon turut menyumbang kepada kemelesetan.

AS juga pernah mengalami kemelesetan ekonomi sebanyak dua kali iaitu selama enam bulan pertama pada tahun 1980 dan selama 16 bulan iaitu dari Julai 1981 hingga November 1982.

Sekatan minyak Iran telah memburukkan lagi keadaan ekonomi AS ketika itu apabila Teheran mengurangkan bekalan minyak ke negara tersebut yang mendorong lonjakan harga minyak.

Kemelesetan ekonomi itu berlaku di bawah pentadbiran Presiden AS ke-39, Jimmy Carter sebelum diambil alih oleh Ronald Reagan pada tahun 1981.

Pencerobohan Iraq ke atas Kuwait telah memburukan lagi kemelesetan ekonomi AS dari Julai 1990 hingga Mac 1991.

Kemelesetan itu berlaku selama sembilan bulan juga disebabkan oleh krisis simpanan dan pinjaman serta kadar faedah yang lebih tinggi di negara tersebut.

Ketika itu AS di bawah kepimpinan Presiden ke-41, George W H Bush.

AS pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1700-an. - AFP

Serangan pengganas pada 2001 turut memburukkan lagi kemelesetan ekonomi yang berlarutan selama lapan bulan.

Ketika itu, syarikat-syarikat membeli perisian baharu bernilai berbilion dolar kerana bimbang sistem lama tidak direka untuk beralih dari tahun 1900-an kepada 2000-an.

Pada 2008, AS dilanda kemelesetan ekonomi yang dicetuskan oleh krisis gadai janji subprima sehingga merosakkan ekonomi yang kembali pulih setahun selepas itu.

Sehubungan itu, kemelesetan di AS menunjukkan bahawa ia adalah sebahagian daripada kitaran perniagaan yang semula jadi dan tidak dapat lari daripada mengalami kemelesetan walaupun ia merupakan negara ekonomi terbesar di dunia.

Pada masa ini, peranan aktif Presiden Joe Biden dalam isu Perang Ukraine termasuk menyalurkan berbilion-bilion dolar kepada Kiev dan melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Rusia masih tidak berupaya membantu ekonomi dan rakyat AS malah kewibawaan pemimpin tersebut dalam menangani isu utama dipertikaikan banyak pihak. AS pernah dilanda kemelesetan ekonomi pada tahun 1797, 1857, 1873 dan 1893.

Klik di sini untuk terus membaca