BELALANG tak pasti apa yang Belalang nak cakap ini wajar, tapi buat masa ini kalau boleh, tak payah makan ayam pun tak apa. Kebergantungan kita kepada ayam telah menjadikan sumber protein itu seolah-olah makanan ruji rakyat Malaysia.... Klik di sini untuk terus membaca

BELALANG tak pasti apa yang Belalang nak cakap ini wajar, tapi buat masa ini kalau boleh, tak payah makan ayam pun tak apa.

Kebergantungan kita kepada ayam telah menjadikan sumber protein itu seolah-olah makanan ruji rakyat Malaysia.

Belalang rasa buat masa ini, kalau tak makan ayam pun kita tak pengsan atau mati atau kebuluran atau diserang keteringinan yang melampau sehingga jatuh sakit.

Kalau diikutkan, kurang makan ayam lagi baik. Malah ada baiknya juga dalam keadaan ayam makin menjadi makanan mewah dan tak mampu, kita semua belajar berjinak-jinak dengan sayur-sayuran.

Malaysia kaya dengan sayur-sayuran. Kita sendiri boleh menanam sayur di laman rumah atau di dalam pasu. Hasilnya lebih memuaskan dan menjimatkan.

Untuk sumber protein, kita boleh saja berubah kepada sumber lain yang jauh lebih murah daripada ayam.

Ini adalah soal pilihan. Jika kita memilih dalam menentukan makan kita, maka kita akan terikat dengan kehendak nafsu dan hati.

Sebaliknya, jika kita bersedia melakukan perubahan − tidak banyak, sikit pun memadai − kita akan dapati kita boleh buat penyesuaian di mana perlu.

Sementara itu, baru-baru ini, kawan Belalang ajak makan di sebuah restoran Kelantan. Dia kata, pada waktu harga ayam mahal ni, apa kata kita cuba makan kaki ayam.

Belalang ambil lima potong kaki ayam bersama ikan masin bulu ayam sekeping dan nasi separuh. Jumlah yang dicaj RM5.

Belalang tak berani nak cakap harga yang dikenakan itu murah atau mahal. Terserahlah kepada tafsiran masing-masing.

Belalang - Asal kenyang

Klik di sini untuk terus membaca