SHAH ALAM - Semua parti dan pemimpin sama ada daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) mahu pun Pakatan Harapan (PH) wajar mengadakan gencatan politik dan polemik mengenai bilakah tarikh sesuai untuk diadakan Pilihan Raya... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Semua parti dan pemimpin sama ada daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) mahu pun Pakatan Harapan (PH) wajar mengadakan gencatan politik dan polemik mengenai bilakah tarikh sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Langkah itu penting bagi membolehkan pemimpin parti politik terutamanya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat yang kini dihimpit masalah peningkatan kos sara hidup kesan daripada kegawatan ekonomi global, inflasi, kenaikan harga barang, Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman/Pembiayaan Asas (BLR/BFR) serta banyak lagi.

Malah, penganalisis politik berpandangan jika PRU15 diadakan sekarang tiada satu gabungan parti politik pun sama ada BN, PN mahu pun PH mampu memperoleh jumlah kerusi Parlimen mencukupi atau mendapat majoriti mudah iaitu sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baharu selepas PRU15.

Jika ketidakstabilan dan kemelut negara masih berterusan maka apa gunanya parti dan pemimpin politik terutama dari BN dan UMNO terus mengenakan tekanan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan secepat mungkin.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, jika diberikan pilihan beliau berharap PRU15 tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana besar kemungkinan tiada satu pun gabungan parti politik tunggal sama ada BN, PN mahu pun PH mampu memperoleh majoriti mudah dan boleh menguasai Putrajaya selepas PRU15 nanti.

"Kalau ditanya saya sama ada perlu atau tidak diadakan PRU15 dalam masa terdekat bagi mengembalikan kestabilan politik. Jawapan saya ialah jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat sekali pun saya yakin tiada satu gabungan pun akan memperoleh majoriti mutlak tunggal sekali gus menyebabkan status quo ketidakstabilan politik di Malaysia akan berterusan.

"Justeru itu, saya berharap dalam tempoh masa yang ada kira-kira setahun sebelum Parlimen mencapai tempoh matangnya pada Julai 2023, semua gabungan parti perlu memperkuatkan kedudukan supaya mereka dapat meyakinkan pengundi bahawa merekalah gabungan terkuat untuk membentuk kerajaan dan utuh selepas PRU15 nanti," katanya kepada Sinar Premium.

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata, apa yang penting sekarang ialah kerajaan sedia ada juga perlu membuat satu polisi atau dasar untuk menyelesaikan masalah rakyat hari ini.

"Cukuplah kita menjadi pemimpin yang hidup dalam 'sindrom penafian' atau menafikan realiti sebenar. Misalnya kerajaan sering memberikan data menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara semakin baik.

"Sejauh mana sebenarnya ia baik kalau hakikat sebenar rakyat hidup dalam keadaan semakin tertekan setiap hari akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Kalau kita lihat peluang pekerjaan semakin berkurangan, mata wang Ringgit Malaysia semakin merudum hari demi hari.

"Kalau dulu banyak kemudahan dapat dirasai oleh rakyat tetapi sekarang sudah dipotong bajetnya. Jadi bagaimana kerajaan boleh mengatakan ekonomi semakin baik jika tidak boleh dirasai oleh rakyat. Justeru, saya berharap tiada PRU pada tahun ini dan semua parti politik perlu memperkukuhkan kedudukan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berpandangan BN dan UMNO mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana mendapati pihak lawan PN dan PH kini dalam keadaan paling lemah sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk menang sebanyak mungkin kerusi Dewan Rakyat.

Beliau berkata, PN dan PH pula menolak PRU15 diadakan lebih awal kerana sudah dapat membaca dan meramalkan bahawa mereka akan kalah banyak kerusi termasuk disandang mereka sekarang.

"PN dan PH tidak mahu PRU15 diadakan dalam masa terdekat kerana mereka dalam keadaan tidak bersatu dan tidak bersedia. Malah, PH dan PN tidak kuat kerana menghadapi masalah perpecahan dan sedikit krisis dari segi kepimpinan parti.

"Bagaimanapun, mereka terpaksa tunduk dengan desakan supaya PRU15 diadakan secepat mungkin kerana kuasa menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen terletak di tangan pemimpin UMNO iaitu Ismail Sabri, selaku Perdana Menteri Malaysia.

"Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil nasihat daripada orang lain, melainkan hanya Perdana Menteri seorang sahaja. Tidak perlu nasihat dari Kabinet pun, hanya kuasa Perdana Menteri untuk menasihati baginda supaya membubarkan Parlimen kerana Ismail Sabri sekarang adalah Ketua Kabinet," katanya.

Namun, Mohammad Agus berkata, keadaan mungkin berbeza jika PH dan PN dapat berunding untuk membentuk formula bersama dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berpandangan BN dan UMNO mendesak Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana mendapati pihak lawan PN dan PH kini dalam keadaan paling lemah sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk menang sebanyak mungkin kerusi Dewan Rakyat.

Beliau berkata, PN dan PH pula menolak PRU15 diadakan lebih awal kerana sudah dapat membaca dan meramalkan bahawa mereka akan kalah banyak kerusi termasuk disandang mereka sekarang.

"PN dan PH tidak mahu PRU15 diadakan dalam masa terdekat kerana mereka dalam keadaan tidak bersatu dan tidak bersedia. Malah, PH dan PN tidak kuat kerana menghadapi masalah perpecahan dan sedikit krisis dari segi kepimpinan parti.

"Bagaimanapun, mereka terpaksa tunduk dengan desakan supaya PRU15 diadakan secepat mungkin kerana kuasa menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen terletak di tangan pemimpin UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaku Perdana Menteri Malaysia sekarang.

"Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil nasihat daripada orang lain, melainkan hanya Perdana Menteri seorang sahaja. Tidak perlu nasihat dari kabinet pun, hanya kuasa Perdana Menteri untuk menasihati baginda supaya membubarkan Parlimen kerana Ismail Sabri sekarang adalah ketua kabinet," katanya.

Namun katanya, keadaan mungkin berbeza jika PH dan PN dapat berunding untuk membentuk formula bersama dalam masa terdekat ini.

Klik di sini untuk terus membaca