SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 sebelum ini menyebabkan ramai pekerja Malaysia kini lebih selesa bekerja secara fleksibel. Pemangku Presiden Kongres Kesatuan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 sebelum ini menyebabkan ramai pekerja Malaysia kini lebih selesa bekerja secara fleksibel.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, golongan muda juga lebih cenderung kerja yang fleksibel iaitu pekerjaan dalam ekonomi gig.

"Fleksibiliti kerja sudah menjadi norma baharu semasa PKP. Ia berterusan dalam fasa peralihan endemik sekarang kerana apa yang kita dapat lihat ada pekerja selesa bekerja dari rumah.

"Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk semua industri kerana ada yang memerlukan pekerja masuk ke pejabat atau datang ke tempat kerja di selain bekerja terus di lapangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun berkata, fleksibiliti kerja boleh diimplementasikan di sektor pekerjaan barisan hadapan.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan membenarkan pekerja memohon kerja fleksibel kepada majikan masing-masing, Mohd Effendy berpendapat, majikan dan kerajaan perlu mengadakan perbincangan lebih menyeluruh terlebih dahulu.

Klik di sini untuk terus membaca