SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melahirkan kebimbangan terhadap kesesuaian pelaksanaan dasar aturan kerja fleksibel (AKF) terhadap sektor perniagaan di dalam negara. Ia susulan langkah kerajaan yang membenarkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melahirkan kebimbangan terhadap kesesuaian pelaksanaan dasar aturan kerja fleksibel (AKF) terhadap sektor perniagaan di dalam negara.

Ia susulan langkah kerajaan yang membenarkan pekerja untuk memohon AKF kepada majikan yang dijangka berkuat kuasa 1 September ini.

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, cara pelaksanaan aturan kerja baharu itu adalah berbeza bagi setiap industri bergantung kepada keperluan perniagaan masing-masing.

"Tidak semua perniagaan dan operasinya boleh ditukar. Dalam sesetengah kes, bidang perniagaan tertentu boleh mempunyai fleksibiliti dan sesetengahnya tidak boleh.

"Keputusan akhirnya benar-benar bergantung kepada keadaan industri dan perniagaan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Syed Hussain berkata, kajian Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan TalentCorp mendapati majoriti pekerja atau 92 peratus daripadanya cenderung terhadap persekitaran kerja fleksibel melalui pelaksanaan pengaturan kerja dari rumah (WFH) secara tetap.

Beliau berkata, sekiranya dilaksanakan dengan baik, AKF boleh meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti pekerja.

Klik di sini untuk terus membaca