SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan beliau turut menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan beliau turut menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

"Ya betul saya sign (tandatangan)," jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Terdahulu bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah mengadakan sidang akhbar sebagai respons kepada pemecatannya daripada jawatan berkenaan seperti diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 23 Jun lalu.

Dalam sidang akhbar berkenaan, ahli Parlimen Pasir Salak itu mengaku menjadi saksi hidup yang turut menandatangani SD berkenaan meskipun pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti berkenaan.

Klik di sini untuk terus membaca