TERKEJUT sungguh Awang dengan 'pendedahan' Tuk Seri Tajuddin Rahman tentang mesyuarat rahsia nak gulingkan Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi. Menurut beliau mesyuarat itu diadakan di rumahnya pada bulan Mei 2020. Yang hadir... Klik di sini untuk terus membaca

TERKEJUT sungguh Awang dengan 'pendedahan' Tuk Seri Tajuddin Rahman tentang mesyuarat rahsia nak gulingkan Presiden UMNO, Tuk Seri Zahid Hamidi. Menurut beliau mesyuarat itu diadakan di rumahnya pada bulan Mei 2020. Yang hadir bukan sebarang orang, tetapi beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO.

Menurut dakwaan Tajuddin pertemuan itu diketuai oleh Tuk Seri Mohamed Hassan, Timbalan Presiden UMNO sendiri. Tapi rancangan nak turunkan Zahid gagal oleh sebab ada yang belot. Dalam sidang akhbar dua hari lepas, Tajuddin tunjuk foto mesyuarat sulit yang didakwanya. Kata Tajuddin lagi, dari tinjauan yang dibuat, lebih kurang 130 ketua bahagian UMNO setuju menolak Zahid.

Lebih memeranjatkan lagi betullah khabar angin selama ini bahawa memang ada akuan bersumpah (SD) sejumlah besar ahli Parlimen UMNO untuk sokong Tuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM. Katanya beliau sendiri enggan tandatangan pada mulanya. Pendirian UMNO selama ini adalah "no DAP, no Anwar.” Tapi akhirnya Tajuddin tandatangan juga.

Menurut dakwaan Tajuddin cadangan jajaran baharu UMNO-PH pada masa itu digerakkan oleh Zahid di sebuah hotel di Kampung Baru.

Tajuddin telah digugurkan daripada Majlis Tertinggi UMNO dalam surat yang ditandatangani oleh Tuk Seri Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu. Tajuddin dakwa tidak ada alasan diberikan berhubung pengguguran itu. Beliau telah dilantik menjadi MT dalam pemilihan tahun 2018.

'Berundur cara terhormat'

Apabila orang marah, macam-macamlah yang keluar dari mulutnya. Tajuddin pula bukan kita tak tahu perangainya. Macam-macam yang keluar dari mulutnya yang menyebabkan beliau dikecam. Beliau pernah disingkirkan daripada jawatan Pengerusi Prasarana disebabkan komennya yang tidak sensitif apabila berlaku kemalangan tren dekat KLCC.

Jadi Awang tak hairanlah Tajuddin lepas geram pada Presiden UMNO yang pecat beliau daripada MKT. Dalam sidang media itu juga Tajuddin dakwa Zahid tak layak ketuai UMNO dan patut letak jawatan secara terhormat. Dakwa beliau lagi Zahid sudah jadi liabiliti kepada UMNO dan tak boleh mengepalai UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Apakah yang akan berlaku selepas ini? Maka banyaklah cakap-cakap kedai kopi tentang apa yang akan terjadi. Dengan pendedahan Tajuddin maka segala keburukan dalam parti terdedah lagi.

Awang rasa UMNO akan bergolak selepas ini. Nampaknya betullah pandangan pemerhati politik kenyataan Tajuddin boleh menyebabkan perpecahan dalam UMNO. Sekarang pun dah ada macam-macam kluster dalam UMNO. Kata orang retak hanya menunggu belah.

Kata yang lain Tajuddin bagi peluru pada musuh-musuh UMNO. Parti itu kata yang lain pula sedang berada 'di ambang kemenangan'. Rakyat dah mula terima UMNO macam yang berlaku dalam pilihan raya kecil (PRK) Melaka dan Johor. Kenapa kocakkan parti yang sudah mula stabil?

Akan kacau bilaukah UMNO disebabkan seorang Tajuddin?

Klik di sini untuk terus membaca