SHAH ALAM - Risiko dipenjara kerana kesalahan membabitkan hak penjagaan anak boleh berlaku terhadap kedua-dua pihak sama ada ibu atau bapa, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang. Beliau berkata, dalam memutuskan isu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Risiko dipenjara kerana kesalahan membabitkan hak penjagaan anak boleh berlaku terhadap kedua-dua pihak sama ada ibu atau bapa, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Beliau berkata, dalam memutuskan isu pelanggaran sebarang enakmen undang-undang Islam termasuk berkaitan hak penjagaan kanak-kanak, mahkamah syariah lazimnya akan membuat penilaian berdasarkan kepada kesalahan menghina mahkamah.

Katanya, proses tersebut adalah serupa seperti yang diamalkan oleh mahkamah sivil.

"Bila satu perintah mahkamah telah dikeluarkan dan bila berlaku pelanggaran atau tidak patuh kepada perintah itu, terutamayn dalam kes melibatkan hak jagaan dan lawatan, biasanya di mahkamah mereka akan terus kepada ‘contempt of court (menghina mahkamah).

"Disebabkan itu, mahkamah akan terus minta individu terbabit tunjuk sebab kenapa dia tidak boleh dipenjaran kerana tidak mematuhi perintah telah dikeluarkan.

"Kita kena ingat ‘contempt of court’ ini dia boleh dikenakan sama ada kepada ibu atau bapa. Jadi ia boleh kena sama kepada pihak yang diberikan jagaan atau pihak satu lagi,” katanya ketika menjadi panelis pada Wacana Sinar Harian Edisi ke-354 bertajuk Dipenjara Kerana Anak pada Selasa.

Mengulas lanjut, Musa berkata, mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada memenjarakan atau mendenda individu yang didapati melakukan perbuatan menghina mahkamah tanpa alasan yang munasabah.

Beliau turut mengingatkan bahawa mahkamah juga berpotensi untuk mengenakan hukuman yang keras seperti pelaksanaan hukuman penjara sekiranya mendapati individu tersebut melanggar perintah mahkamah secara berulang.

Pada Isnin, bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal menyerah diri untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Wanita Kajangatas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Beliau sebelum itu pada 4 September 2019, dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari oleh selepas Mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan komital (menghina mahkamah) yang difailkan Faisal apabila wanita itu mengubah tarikh lawatan anak-anaknya.

Klik di sini untuk terus membaca