SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan adalah mustahil untuk kerajaan menunggu sehingga keadaan inflasi pulih sepenuhnya bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut beliau, mengikut kitaran... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan adalah mustahil untuk kerajaan menunggu sehingga keadaan inflasi pulih sepenuhnya bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, mengikut kitaran ekonomi, keadaan inflasi akan berterusan sehingga dua tahun namun tempoh matang PRU hanya berbaki 11 bulan lagi.

"Apakah kita mahu tunggu sehingga inflasi selesai? Tak mungkin. Yang paling utama adalah macam mana nak memastikan pelabur yakin sebab kita perlu pulihkan balik ekonomi.

"Kita mesti pastikan pelabur ada keyakinan untuk melabur. Bukan saja domestik, tapi juga pelabur luar.

"Rata-rata ahli perniagaan dan juga pelabur hanya mahukan kepastian tentang kerajaan mutlak, bukan seperti kerajaan yang ada pada hari ini yang boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja,”katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, ahli perniagaan dan pelabur sudah melalui zaman gelap sepanjang tempoh tiga tahun melibatkan pertukaran tiga Perdana Menteri dan kerajaan.

"Apa jaminan bahawa kerajaan ini tidak akan berubah pun?” soalnya.

Tegas Asyraf, oleh kerana itu, ahli perniagaan dan para pelabur menggesa PRU dilakukan agar kerajaan mendapatkan mandat daripada rakyat,.

"Tidak kisah siapa yang memerintah, yang penting kerajaan itu biar kerajaan yang jelas.

"Kerajaan kini bukan kerajaan mandat rakyat. Itu jelas dan kita tak boleh berselindung. Waktu kita tubuhkan kerajaan ini pun, kita kata ia untuk sementara,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca