AWANG tertarik tengok wawancara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Tuk Dr Ashraf Wajdi Dasuki dengan Tan Sri Johan Jaaffar baru-baru ini.
Beliau nampaknya terus terang pasal UMNO sebagai parti yang dipersepsikan mengamalkan rasuah.
Dua orang pemimpin tertingginya, seorang mantan Presiden dan seorang lagi sedang memegang jawatan Presiden berhadapan dengan kes mahkamah babitkan rasuah dan salahguna kuasa.
Begitu ramai pimpinan yang terpalit dengan dakwaan terbabit rasuah hingga ada "Kluster Mahkamah” dalam UMNO. Bukan senang nak pulihkan imej itu.
Bagi UMNO nak bercakap tentang tolak rasuah susah sikit oleh sebab Presiden sendiri sedang bela diri dalam kes rasuah dan salahguna kuasa.
Daripada wawancara itu Awang berani letak harapan pada Pergerakan Pemuda. Ketuanya pada masa ini tak pegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Dia masih dianggap "bersih”.
Bagus sangatlah beliau buat lawatan jumpa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bincang cara perangi rasuah.
Kata Ashraf Wajdi, UMNO "tak pernah menghalalkan atau merestui apa jua bentuk salah laku.”
Itu kenyataan yang berani oleh sebab banyak juga pemimpin dan ahli parti yang akan buat apa sahaja untuk pertahankan pemimpin yang dah terang-terang korup.
Bagi mereka, apa sahaja yang pimpinan tertinggi buat tetap betul walaupun terbukti salah di mahkamah.
Klik di sini untuk terus membaca