SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memaklumkan pihaknya menerima lebih 70 aduan daripada pengguna berhubung kenaikan premium insurans kenderaan. Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC),... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memaklumkan pihaknya menerima lebih 70 aduan daripada pengguna berhubung kenaikan premium insurans kenderaan.

Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Baskaran Sithamparam berkata, minimum kenaikan adalah sebanyak 10 peratus dan ia berbeza bagi setiap syarikat insurans.

"Memang kami ada terima aduan di mana peningkatan berlaku selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Januari tahun ini.

"Kita tidak periksa berapa peratus kenaikan setiap syarikat (insurans) di luar sana, kami hanya merujuk kepada aduan yang diberikan kepada kami,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Baskaran berkata, kebanyakan pengguna merasakan bahawa kadar kenaikan insuran tersebut adalah tinggi dan tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan rakyat masih berdepan krisis peningkatan harga barangan asas.

Baskaran

"Ada yang mengadu dan ini bukan masanya untuk meningkatkan premium sedangkan ramai yang menghadapi kesukaran untuk menjalani kelangsungan hidup mereka. Ada juga pengguna yang mengeluh kadar kenaikan adalah tidak wajar dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Premium naik tetapi apabila tiba waktu pengguna nak menuntut insurans kemalangan pasti akan mengambil masa yang lama, ada yang mencecah lebih empat bulan atas pelbagai faktor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya akan menghantar memorandum kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung aduan kenaikan premium insurans kenderaan.

Bagaimanapun katanya, mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak yang terlibat.

"Buat masa ini FOMCA dalam proses membuat satu memorandum mengenai aduan kenaikan premium insurans kenderaan.

"Kami masih lagi sedang mengumpul maklumat daripada sumber-sumber dan respons pihak berkaitan,” jelasnya.

INFO

Perlindungan premium insurans

1. Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kecederaan, kematian dan kehilangan atau kerosakan harta.

2. Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran atau kecurian yang tidak disengajakan.

3. Kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan.

Perlindungan pilihan yang boleh dibeli

1. Insurans cermin depan

- Sekiranya kaca depan anda rosak, perlindungan ini memberikan insurans untuk pembaikan atau penggantian tanpa menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan anda.

2. Cover audio dan aksesori

- Sekiranya aksesori kereta anda rosak, perlindungan ini menyediakan insurans untuk pembaikan atau penggantian tanpa menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan anda.

3. Peril khas

- Sekiranya kereta anda rosak oleh tindakan alam seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, dan lain-lain, kereta anda dilindungi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi premium insurans

1. Lokasi

- Nilai asas akan terjejas sama ada kereta itu berada di Timur atau Malaysia Barat.

2. Jumlah nilai insurans

- Jumlah nilai yang boleh diterima untuk menginsuranskan kereta anda.

- Mengurangkan nilai kereta anda akan menyebabkan syarikat insurans mengimbangi jumlah yang diinsuranskan. Apa-apa kos tambahan akan - dianggap sebagai insurans diri atau ditanggung oleh pemilik.

- Berlebihan menilai kereta anda akan menghasilkan premium yang lebih tinggi dengan syarikat insurans hanya mengimbangi nilai pasaran untuk kereta.

3. Kapasiti kubik

- Saiz enjin

Klik di sini untuk terus membaca