SHAH ALAM - Biarpun kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden semasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, namun Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tetap kekal istaqamah dengan perjuangan parti berkenaan.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Biarpun kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden semasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, namun Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tetap kekal istaqamah dengan perjuangan parti berkenaan.

Fuziah yang juga Pengerusi PKR Pahang, berkata beliau tidak terlalu kecewa kerana bukan berada senarai nama individu yang dikatakan menjadi calon pilihan sama ada kumpulan menyokong Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu pun Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atau Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Wanita PKR itu juga menegaskan biarpun tidak menang dan menduduki tangga ketujuh daripada 17 calon Naib Presiden PKR, namun beliau percaya undi diterimanya adalah 'tulen' dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi diberikan ahli parti dari peringkat akar umbi kepadanya.

"Saya tidak kecewa kerana saya bukan ada dalam 'chai' (calon pilihan Anwar) atau dalam mana-mana kumpulan dan saya tidak memihak.

"Saya tahu bahawa undi yang saya terima ialah undi sokongan padu daripada akar umbi dan bukan undi ikut 'chai'. Mereka tidak bagi undi ikut nombor atas kertas tetapi berbuat demikian sebab mereka kenal saya dan dan yakin dengan kepimpinan saya," kataya kepada wartawan Sinar Premium.

Fuziah tetap bersama parti dan meneruskan tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Untuk rekod, sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal sebagai Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan PKR 2022.

Kerusi nombor dua atau jawatan Timbalan Presiden PKR pula dimenangi oleh Rafizi yang memperoleh 59,678 undi menewaskan Saifuddin yang mendapat 43,010 undi.

Manakala, jawatan Naib Presiden PKR pula dimenangi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar, Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, biarpun tidak dipilih sebagai Naib Presiden namun beliau tetap bersama parti dan meneruskan tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

"Sudah tentu saya tidak akan undur diri kerana terlalu banyak kerja menjelangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Malah saya tidak henti bekerja untuk parti sepanjang pemilihan.

"Tugas saya selaku Pengarah Pilihan Raya PKR terlalu berat sehingga saya tidak sempat turun berkempen pemilihan," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca