SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bertegas mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR tidak menutupi kepincangan dalam pemilihan parti itu susulan hasil audit forensik... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bertegas mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR tidak menutupi kepincangan dalam pemilihan parti itu susulan hasil audit forensik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) baru-baru ini.

Menurut Farhash Wafa yang bertanding jawatan calon Naib Presiden dan juga Ketua Cabang Gombak dalam Pemilihan PKR Penggal 2022-2025 baru-baru ini, Anwar perlu tampil memperjelaskan langkah-langkah yang diambil dan menjawab mengapa audit forensik tidak menyentuh langsung undi-undi atas talian melalui aplikasi mudah-alih ADIL yang menimbulkan begitu banyak kontroversi.

"Buktikan Presiden tidak terlibat dalam menutupi kepincangan hasil audit JPP dan jangan hanya bercakap tentang keadilan dalam parti. Adakah beliau yakin sudah memberi keadilan kepada berpuluh-puluh ribu ahli yang telah mengundi dalam Pemilihan PKR Penggal 2022-2025.

"Di mana ketelusan dalam proses dan amalan parti ini apabila undi pun dikira secara rahsia? Malah selepas aduan dan bantahan syor ramai calon supaya diadakan kiraan semula semua undi dengan kehadiran saksi turut tidak dilayan.

"Bagaimana Presiden mahu menjawab aduan beribu ahli (penyokong) yang mengundi bahawa terdapat ketidakadilan dan penipuan namun kemudian dinafikan oleh keputusan JPP yang sekadar mengatakan terdapat cubaan menggodam,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Farhash Wafa Salvador Anwar tampil memperjelaskan langkah-langkah yang diambil dan mengapa audit forensik tidak menyentuh langsung undi-undi atas talian melalui aplikasi mudah-alih ADIL yang menimbulkan begitu banyak kontroversi.

Farhash Wafa tidak menyalahkan Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa berhubung keputusan itu sebaliknya tidak menolak kemungkinan ada masalah dalam kepimpinan yang cuba menutup pekung di dada.

Beliau turut memberi jaminan tidak akan berhenti selagi isu ini tidak dijawab oleh Anwar.

"Kalau ada penipuan, cakap ada penipuan dan batalkan pemilihan tempoh hari. Jangan hanya keadilan pada nama parti sahaja. Keadilan itu adalah pada perkara yang kita lakukan,” tegasnya.

Pun begitu, beliau tetap menghormati Anwar selaku Presiden namun pada masa sama kasihan melihat dan mendengar keluhan ahli-ahli parti yang teraniaya.

"Bayangkan ada ahli yang berhutang, bergolok-gadai ketika mahu bertanding tempoh hari dan apabila mereka membuat aduan kepada JPP di mana setiap aduan yang dibuat perlu membuat bayaran, ramai termasuk saya sendiri yang tidak mendapat sebarang maklum balas. Saya ingin bertanya kepada JPP dari hampir 2,000 aduan berbayar berapa banyak aduan telah mereka balas?

"Disebabkan ini saya terpaksa bersuara walaupun berat, malah saya sanggup sekiranya digantung atau dipecat sekalipun. Saya pemimpin jenis apa, sekiranya saya tidak bersuara untuk ahli ahli di bawah?" Katanya lagi.

Dalam pada itu, Farhash Wafa juga mahu pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengambil tindakan terhadap aduan yang telah dibuat bagi memastikan ahli-ahli PKR mendapat pengadilan sewajarnya.

Klik di sini untuk terus membaca