AWANG rasa tak banyak gunanya menggempur 'markas seleweng' minyak masak. Buat penat kerja penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja. Banyak kerja lain boleh buat. Lagi pun kesannya... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG rasa tak banyak gunanya menggempur 'markas seleweng' minyak masak. Buat penat kerja penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sahaja.

Banyak kerja lain boleh buat. Lagi pun kesannya tak banyak mana pun.

Tuk Seri Perdana Menteri pun kerah KPDNHEP, polis dan tentera untuk menggempur bukan sahaja di kilang tapi juga di sempadan.

Beliau kata tindakan keras akan diambil termasuk batal kuota dan lesen mana-mana pengeluar yang seleweng.

Awang rasa elok kenal pasti punca sebenarnya.

Puncanya adalah kerajaan tarik subsidi minyak masak. Yang dikekalkan hanya subsidi minyak masak dalam peket. Bila hal itu berlaku, minyak dalam peket hilang dari pasaran.

Apabila minyak dalam peket tak ada, rakyat bawahan yang disasarkan subsidi itu terpaksa beli minyak botol yang mahal.

Awang terbaca kenyataan KPDNHEP bahawa minyak masak bersubsidi cukup di pasaran. Khabarnya ada lebih 55,000 tan metrik sebulan. Soalnya ke mana pergi minyak subsidi itu?

Soalan Awang kenapa tarik subsidi minyak masak? Tak banyak mana pun subsidi minyak masak berbanding benda lain. Bayar hutang skandal kewangan pun berbilion. Rakyat nampaknya sudah hilang keyakinan kerajaan boleh kawal harga barang.

Klik di sini untuk terus membaca