SYABAS kepada penerbit, pengarah, pelakon dan kru filem Mat Kilau. Khabarnya setakat ini pungutan tiketnya sudah cecah RM47 juta. Awang yakin filem ini akan jadi filem Malaysia pertama yang cecah RM100 juta. Awang rasa syukur bahawa ada... Klik di sini untuk terus membaca

SYABAS kepada penerbit, pengarah, pelakon dan kru filem Mat Kilau. Khabarnya setakat ini pungutan tiketnya sudah cecah RM47 juta. Awang yakin filem ini akan jadi filem Malaysia pertama yang cecah RM100 juta.

Awang rasa syukur bahawa ada filem Melayu yang akan kalahkan pungutan tiket filem orang putih di sini. Bagi Awang, filem Mat Kilau adalah mercu tanda baharu filem tempatan

Ada komen mengatakan filem ini tidak menepati sejarah sebenar. Nama pun filem, filem itu bahan kreatif, tentulah ada lesen kreatif untuk tarik penonton.

Awang rasa teruja apabila Tuanku Sultan Selangor mencemar duli menonton filem itu. Malahan, baginda keluarkan titah setelah menonton. Titah baginda, banyak pengajaran daripada filem itu, khususnya bagi pemimpin politik Melayu dan orang Melayu sendiri.

Baginda menegur perpecahan dalam kalangan pemimpin Melayu yang serius pada masa ini. Titah baginda, seperti filem itu, akibat perpecahan mudahlah "pihak luar menguasai kita”.

Baginda juga bangkitkan isu fitnah-memfitnah dalam kalangan orang Melayu sekarang. Perkara itu akan menghancurkan orang Melayu. Baginda juga mahukan semua pemimpin politik dan rakyat amalkan budaya sihat berpandukan sikap toleransi dan bersangka baik.

Bagi pemimpin pula, baginda mahu mereka bebas rasuah dan hidup bermaruah. Mudah-mudahan titah baginda akan jadi pegangan orang Melayu. Gempurlah hebat mana pun!

Klik di sini untuk terus membaca