SHAH ALAM - Banyak peluang perniagaan dan pelaburan di Johor didakwa telah disia-siakan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika gabungan itu mentadbir negeri berkenaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. Presiden MCA,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Banyak peluang perniagaan dan pelaburan di Johor didakwa telah disia-siakan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika gabungan itu mentadbir negeri berkenaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa, ekoran kegagalan PH menggunakan sebaiknya peluang untuk memajukan Johor, rakyat negeri itu bertindak 'menukar' kerajaan bagi memastikan ekonomi bertambah baik.

"Sebab itu saya kata, dalam saat menentukan kerajaan Johor, mereka tahu banyak peluang perniagaan di Johor sia-sia. Apabila terlalu banyak politik, satu keputusan tidak boleh dilakukan di Dewan Undangan Negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT), baik mereka bubarkan, buat satu saf baharu untuk memberi mandat baharu kepada kerajaan baharu yang lebih mantap, yang boleh menentukan haluan.

"Kestabilan dan kemakmuran adalah perkara yang diinginkan oleh masyarakat Cina, tetapi itu dalam konteks Johor. Apabila keseluruhan, mereka akan lihat siapa yang lebih membawa kebaikan di peringkat pusat," katanya dalam program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kanan) ketika program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu

Dalam pada itu Ka Siong berkata, rakyat Johor kini sedang menilai parti politik yang lebih baik untuk mentadbir negeri itu.

Justeru itu katanya, Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mempamerkan kelebihan untuk meyakinkan rakyat dalam meraih sokongan akar umbi.

"Saya yakin kalau kita lakukan sesuatu dan rakyat merasakan kerajaan ini perlu diperkukuhkan, kita akan dapat sokongan, sebaliknya kalau mengurus dengan tidak baik, mungkin satu keputusan di luar jangkaan.

"Kita tidak boleh rasa selesa dengan keadaan ini dan saya rasa rakyat sekarang boleh menangkan atau kalahkan kita," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca