BEIJING - Hampir 10 juta penduduk dikenakan perintah berkurung atau lockdown semula ketika bandar utama tarikan pelancong merekodkan jangkitan terbaharu pada Rabu. Pihak berkuasa kesihatan melaporkan labih 300 kes jangkitan dikesan dengan... Klik di sini untuk terus membaca

BEIJING - Hampir 10 juta penduduk dikenakan perintah berkurung atau lockdown semula ketika bandar utama tarikan pelancong merekodkan jangkitan terbaharu pada Rabu.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan labih 300 kes jangkitan dikesan dengan kluster baharu ditemui di utara bandar bersejarah Xi’an yang menempatkan Tentera Terracotta.

Kemunculan kes terbaharu ini telah meningkatkan kebimbangan bahawa China mungkin akan mengembalikan sekatan paling ketat yang pernah dilaksanakan pada awal tahun ini apabila Beijing menyaksikan puluhan juta kes sehingga terpaksa dikenakan perintah berkurung selama berminggu-minggu.

Di Shanghai, beberapa penduduk melaporkan dalam media sosial bahawa mereka menerima laporan mengenai pencatuan makanan oleh kerajaan.

"Saya sangat gementar kerana wabak telah memusnahkan mata pencarian. Saya hampir menjadi gila,” ciapan pengguna di laman sosial Weibo.

Penduduk menjalani ujian saringan di pintu masuk di daerah Xuhui. - Foto AFP

Ketika ini, pegawai kesihatan telah melancarkan pusingan baharu ujian besar-besaran Covid-19 di lebih separuh daerah di bandar itu selepas peningkatan semula kes sejak hujung minggu serta menutup semua bar karaoke pada Rabu selepas beberapa jangkitan dikesan di lokasi tersebut.

Difahamkan, tempat hiburan awam termasuk pub, cafe internet dan bar karaoke akan ditutup selepas waktu tengah malam pada Rabu, menurut notis diberikan kerajaan.

Media tempatan menunjukkan gambar penduduk Xi’an beratur untuk melakukan ujian saringan selepas tengah malam Selasa.

Petugas kesihatan membawa sampel ujian saringan yang diambil daripada penduduk. - Foto AFP

Dalam pada itu, pegawai kesihatan mengesyaki varian Omicron BA.5.2 yang mudah berjangkit sebagai punca penularan baharu ini.

"Jangkitan positif adalah dari varian BA.5.2 dan kerja pengesanan epidemiologi masih giat dijalankan, " kata pegawai kesihatan Xi’an, Ma Chaofeng semasa taklimat.

Jangkitan baharu ini memberi cabaran baharu kepada Presiden Xi Jinping yang hujung minggu lalu mengesahkan sifar Covid-19 walaupun kos ekonomi telah melonjak.

Bank Jepun, Nomura telah menganggarkan bahawa sekurang-kurangya 114.8 juta orang berada dalam lockdown separa atau penuh di seluruh negara. - AFP BEIJING

Klik di sini untuk terus membaca