SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan 25 mata asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.25 peratus, tidak boleh membantu negara menangani inflasi. Sebaliknya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan 25 mata asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.25 peratus, tidak boleh membantu negara menangani inflasi.

Sebaliknya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pengajian Siswazah daripada i-CATS University College Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, langkah itu boleh merencatkan lagi keadaan ekonomi.

"Saya tidak nampak kenaikan OPR boleh menangani inflasi. Apabila OPR naik, kos pengeluaran meningkat dan penawaran akan berkurangan yang seterusnya menyumbang pada peningkatan inflasi.

"Bukannya membantu, tetapi boleh merencatkan lagi keadaan (ekonomi),” ujarnya.

Shazali berkata, masalah inflasi berlaku disebabkan gangguan daripada rangkaian penawaran, bukannya kerana permintaan perbelanjaan.

"Harga sekarang disebabkan oleh harga penawaran ini, bukan sebab permintaan.

"Rakyat berbelanja sama sahaja. Kemampuan rakyat masih di tahap biasa kerana ekonomi belum pulih sepenuhnya.

"Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia bekerja, menjalankan perniagaan ada buat pinjaman bank, jadi (kenaikan) ini semua akan menjadi kos. Yang dapat manfaat ialah bank,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca