SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menjelaskan bahawa tiada istilah dua nahkoda dalam satu kapal dalam parti itu seperti yang didakwa oleh pihak luar. Menurut beliau, sekiranya terdapat perpecahan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menjelaskan bahawa tiada istilah dua nahkoda dalam satu kapal dalam parti itu seperti yang didakwa oleh pihak luar.

Menurut beliau, sekiranya terdapat perpecahan di dalam UMNO, ia telah memberi kesan buruk terhadap pentadbiran parti tersebut.

"Doktrin ini memang pandai digunakan oleh pembangkang dan musuh dalam selimut iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mereka cerita berkaitan kluster mahkamah, kluster PWTC dan kluster Putrajaya.

"Bagi saya, tiada dua nakhoda ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob datang mesyuarat baik sahaja. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi datang mesyuarat pun baik sahaja.

"Kalau ada kluster ini, sudah tentu ada masalah dalam pentadbiran parti,” katanya pada program Sinar Live bertajuk 'UMNO Vs Pembelot' yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan mempunyai dua pemimpin iaitu Ismail Sabri dan Ahmad Zahid, ia merupakan satu perkara positif yang membawa kebaikan kepada rakyat.

"Parti boleh fokus tentang urusan harian parti. Boleh perkemaskan jentera, buat banyak perkara baik tentang parti. Perdana Menteri pula diberi tanggungjawab jaga kerajaan.

"Kedua-dua entiti bergerak dengan baik dan sekarang ini, apa yang kerajaan laksanakan, parti akan sokong,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca