DI tengah cerita kerajaan tarik balik subsidi bahan keperluan utama rakyat dan harga barang melambung, heboh pula cerita Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Marahlah rakyat akan hal itu. Sudahlah... Klik di sini untuk terus membaca

DI tengah cerita kerajaan tarik balik subsidi bahan keperluan utama rakyat dan harga barang melambung, heboh pula cerita Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Marahlah rakyat akan hal itu. Sudahlah menteri kabinet kita hampir penuh satu bas ramainya, nak tambah jawatan TPM pula.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dedahkan ada coalition agreement di antara Tuk Seri Perdana Menteri dengan Perikatan Nasional (PN) pasal soal pelantikan TPM.

Kata Tuk Wan Saiful lagi, perjanjian yang termeterai itu disaksikan orang kepercayaan Tuk Seri PM, Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada masa ini.

Beliau menjawab komen Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang persoalkan isu pelantikan TPM pada masa ini.

Kata Tuk Wan Saiful, "Nampaknya ada perkara yang PM belum cukup percaya untuk kongsi dengan Shahril”. Mungkin juga beliau tak kongsi maklumat dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Awang teruja juga apabila Tuk Wan Saiful kata sepatutnya Tuk Seri PM hormati keputusan perjanjian itu walaupun PN tidak lagi berkuasa.

Ramai yang dilantik masa Tan Sri Muhyiddin memerintah sekarang digantikan dengan orang UMNO. Kata Tuk Wan Saiful, "Ini isu akhlak dan integriti”.

Tertarik juga Awang nak tahu apakah isi sebenar perjanjian di antara Tuk Seri PM dan PN. Awang yakin rakyat pun nak tahu!

Klik di sini untuk terus membaca