PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memilih ikan siakap yang diternak sangkar sebagai simpanan stok atau stockpile untuk sekuriti makanan bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman berkata, ia antara inisiatif yang telah dilaksanakan DOF di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Menurutnya, DOF telah pun memberi cadangan untuk memastikan stockpile ikan disumbangkan oleh akuakultur dapat memberi sumbangan kepada bekalan ikan.
"Jadi kita telah memilih ikan siakap sebagai satu spesies yang boleh diterima oleh orang ramai untuk dijadikan stockpile.
"Simpanan ini dalam bentuk ikan hidup yang diternak di sangkar dan dalam tempoh masa beberapa bulan untuk jadi stockpile. "Jika ada isu bekalan ikan tidak mencukupi, kita akan gunakan stockpile ini untuk diedar di pasaran,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian di Pejabat DOF Putrajaya di sini pada Khamis.
Mohd Sufian berkata, ikan siakap dipilih kerana harga yang tidak begitu mahal dan kebanyakan rakyat boleh terima berbanding ikan spesies lain.
Berkenaan kos input makanan ikan dan kos operasi, Dana Jaminan Makanan juga melalui bantuan secara geran pemadanan 70:30 kepada pengusaha akuakultur berskala kecil dan sederhana bagi input ternakan, peralatan dan infrastruktur asas akan dilaksanakan.
Selain itu, dalam masa terdekat katanya, pihak AgroBank turut menawarkan pinjaman mudah bagi menggalakkan penglibatan rakyat tempatan dalam industri akuakultur.
"Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta tarif elektrik kepada pengusaha akuakultur dikaji bagi mengurangkan kos input kerana penggunaan elektrik bagi penternakan ikan adalah tinggi. Ia sedang diselaraskan bagi semua projek akuakultur."Pengecualian cukai juga diberi bagi pembelian peralatan sokongan seperti genset, blower, sistem pam dan lain-lain untuk membantu mengurangkan kos,” ujarnya. Oleh
Klik di sini untuk terus membaca