AWANG tak nampak apa-apa yang salah pada kenyataan Tuk Seri Mad Hassan, Timbalan Presiden UMNO pada Asia Times. Awang hairan juga dia kata kenyataannya diambil "di luar konteks.”
Jadi yang salah ialah wartawan yang wawancara beliau. Wartawan itu pula tunjukkan bukti memang Tuk Mad kata begitu, siap dengan video sekali.
Apabila Awang teliti semula kenyataan Tuk Mad, memang tepat sekali apa yang dikatakannya.
Memang Bossku Tuk Seri Najib patut jalani hukuman penjara jikalau dia didapati bersalah. Pengampunan boleh datang kemudian.
Memanglah Bossku Tuk Seri Najib harus lalui proses penghakiman sepenuhnya yang adil dan saksama. Dua mahkamah dah jatuhkan hukuman. Tunggu Mahkamah Persekutuan saja.
Itulah proses mahkamah kita. Terimalah kenyataan bahawa mahkamah kita dilihat sebagai lambat dari satu peringkat ke satu peringkat.
Pada pendapat Awang, biarlah proses itu berjalan dengan betul walaupun lambat daripada mahkamah buat keputusan salah.
Awang sedih juga apabila orang politik terjerat oleh sebab kenyataan mereka sendiri, yang dipersalahkan adalah wartawan dan media.
Mereka patut sedar sewaktu buat kenyataan itu. Kata orang tua cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Tuk Mad tentu faham maksud peribahasa itu. Jangan sudah terhantuk, wartawan yang bersalah.
Klik di sini untuk terus membaca