KATA Tuk Seri Mad Maslan, UMNO ada dua pilihan jikalau Pendaftar Pertubuhan (RoS) tak luluskan pindaan Perlembagaan parti. Pada 15 Mei lepas, Mesyuarat Agung Khas parti itu meluluskan pindaan untuk menangguhkan pemilihan parti. Kata Mad... Klik di sini untuk terus membaca

KATA Tuk Seri Mad Maslan, UMNO ada dua pilihan jikalau Pendaftar Pertubuhan (RoS) tak luluskan pindaan Perlembagaan parti. Pada 15 Mei lepas, Mesyuarat Agung Khas parti itu meluluskan pindaan untuk menangguhkan pemilihan parti.

Kata Mad Maslan, pilihan pertama adalah mengadakan pemilihan parti seperti ditetapkan pada Disember. Katanya UMNO ada pilihan kedua, Pelan B. Awang percaya Mad Maslan yang memang pandai sepak terajang politik akan simpan rahsia mengenai pilihan kedua itu.

Awang cuma nak ingatkan, RoS memang ada sejarah buat keputusan sama ada lambat atau memeranjatkan. UMNO pun tak boleh salahkan RoS sebab masa UMNO memerintah dulu, parti lain yang nak mendaftar begitu susah. Lihatlah betapa susahnya Bersatu nak didaftarkan.

Masa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pun ketua parti Muda komplen juga pasal lambat luluskan pendaftaran. Nampaknya kita kena intai-intai juga RoS di bawah siapa sekarang.

Awang harap RoS main peranan sebagai Pendaftar Pertubuhan yang telus, jujur dan tak berat sebelah. Tak guna ikut telunjuk sesiapa. Sekali air bah, pantai tak patut berubah. Sekali tukar kerajaan, RoS tukar pendirian. Orang akan hilang hormat kalau begitu.

Awang sokong penuh jikalau RoS ambil sikap profesional. Jikalau nak tolak pindaan perlembagaan UMNO yang terbaru, buat atas dasar prinsip dan peraturan, bukan disebabkan ada udang di sebalik batu. Atau oleh sebab ikut telunjuk sesiapa.

Klik di sini untuk terus membaca