NAMPAKNYA makin nyaring bunyi trompet pilihan raya. Bagi UMNO, mereka begitu yakin rakyat akan kembali menyokong mereka. Mereka rasa kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor adalah buktinya. Oleh yang demikian adalah elemen... Klik di sini untuk terus membaca

NAMPAKNYA makin nyaring bunyi trompet pilihan raya. Bagi UMNO, mereka begitu yakin rakyat akan kembali menyokong mereka.

Mereka rasa kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor adalah buktinya.

Oleh yang demikian adalah elemen dalam UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) dibuat serta-merta selepas itu.

Tapi Tuk Seri Perdana Menteri lambat bertindak kata mereka. Oleh sebab itu 'jendela peluang' sudah tertutup.

Kerajaan tak berani nak buat PRU pada masa harga barang melambung dan subsidi barangan utama ditarik balik macam sekarang.

Awang percaya pembangkang menarik nafas lega. Mereka pun belum bersedia sepenuhnya. Kekalahan mereka dalam PRN Sarawak, Melaka dan Johor adalah tanda amaran nasib mereka.

Oleh sebab itu mereka lebih selesa jikalau PRU dibuat lambat lagi.

Banyak orang yang mahukan PRU ini nampaknya lupa, kita masih ada masa sehingga bulan Julai tahun depan untuk bubar Parlimen.

Nak buat PRU bukan mudah. Kosnya tinggi. Awang terbaca buku yang ditulis oleh TS Rashid Rahman dan Dr G Manimaran pasal pilihan raya negara kita.

Paling mengejutkan Awang adalah kos menyelenggarakan PRU.

Pada pilihan raya 1959 kosnya lebih sedikit sejuta ringgit. Tapi pada tahun 2018, kosnya jadi lebih RM500 juta atau setengah bilion.

Jadi janganlah ambil mudah. Oleh sebab itu keputusan PRU harus dihormati. Bukan main move sana, move sini untuk puaskan nafsu sendiri.

Klik di sini untuk terus membaca