SHAH ALAM - Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari mengakui orang ramai kini dilihat semakin mengenepikan sastera di negara ini. Rahman yang merupakan Presiden Persatuan Penyair Malaysia (Penyair) melihat mereka mempunyai 'kegiatan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari mengakui orang ramai kini dilihat semakin mengenepikan sastera di negara ini.

Rahman yang merupakan Presiden Persatuan Penyair Malaysia (Penyair) melihat mereka mempunyai 'kegiatan lain' yang tiada kaitan dengan sastera.

"Di pusat perkembangan kurikulum dulu, saya bertugas menjaga bahagian pendidikan sastera. Berlainan daripada kawan saya yang menjaga pendidikan bahasa.

"Pada masa itu, impian untuk menjadikan rakyat Malaysia mencintai sastera itu sudah ada. Sekarang ini macam Tan Sri sebutkan, memang betul makin lama makin orang mengenepikan sastera dan mereka ada kegiatan-kegiatan lain yang tiada kaitan dengan sastera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Pada pertengahan Jun lalu, Rahman telah dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-15 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Mengulas lanjut, Rahman juga berpandangan bahasa Melayu yang digunakan dilihat bukan secara sebaiknya.

"Menuju kepada keracuan atau pencemaran. Bahasa pun begitu.

"Jadi, pada pandangan saya mesti ada usaha untuk mengubah keadaan ini supaya rakyat Malaysia sedikit demi sedikit dalam jangka masa tertentu kembali atau menuju kepada apresiasi sastera," ujarnya.

Disebabkan itu, beliau berharap apresiasi dan perhatian yang diberikan terhadap sastera itu akan bertambah pada masa hadapan.

"Dengan usaha-usaha daripada Kementerian Pendidikan khususnya daripada Dewan Bahasa dan Pustaka juga boleh memperkembangkan sastera yang dapat didekati oleh umum.

"Jadi, persatuan-persatuan boleh melaksanakan tugas ini dengan melaksanakan kegiatan yang bersifat pendidikan sastera bukan pendidikan sastera di sekolah tetapi dalam kegiatan persatuan," jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca