AWANG tersentuh juga tengok Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) menitiskan air mata sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres Wanita PKR semalam. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR sebak dengan apa yang berlaku dalam... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tersentuh juga tengok Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) menitiskan air mata sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres Wanita PKR semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR sebak dengan apa yang berlaku dalam parti itu.

Katanya: "Kasih saya kepada parti, Tuhan sahaja yang mengetahui.”

Tentulah Kak Wan merujuk pada kontroversi pertandingan merebut jawatan utama yang baru lalu.

Terdapat beberapa isu yang timbul, antaranya keputusan pada peringkat pemilihan Ketua Wanita Pusat PKR, di mana calon yang menang kemudiannya disahkan tewas kepada lawannya.

Awang tahu Kak Wan bukan jenis pelakon legenda Neng Yatimah yang mudah tumpahkan air mata.

Dalam diam-diam dan dengan wajah lembut, Kak Wan sebetulnya Wanita Besi yang sebenar.

Beliau tak pernah mimpi nak masuk politik tapi apabila suaminya meringkuk di penjara, beliau bangun dan bersuara.

Parti Keadilan di bawah pimpinannya jadi kuat dan tak banyak kontroversi.

Walaupun Kak Wan bukan Presiden PKR lagi tapi tentulah ahli-ahli PKR menghormati beliau.

Awang faham PKR ada macam-macam masalah dalaman.

Parti itu nyaris berpecah sewaktu pertandingan Timbalan Presiden antara Tuk Seri Azmin dan Rafizi. Rafizi pula lawan Tuk Seri Saifuddin Nasution untuk jawatan yang sama baru-baru ini.

Kak Wan juga ingatkan, kalau nak tinggalkan parti oleh sebab tak puas hati, tinggalkanlah tapi jangan jadi musuh dalam selimut.

Klik di sini untuk terus membaca