AWANG tak terfikir bahawa tuntutan yang dibuat oleh waris Kesultanan Sulu akan sampai pada peringkat ancaman merampas aset negara kita.
Apa yang berlaku di Azerbaijan tentulah di luar jangkaan kita.
Selama ini rakyat Malaysia ambil mudah tuntutan tersebut. Malah, kita semua mentertawakan tuntutan itu dan menganggapnya karut.
Pada bulan Mac lalu, Mahkamah Penimbangtara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia mesti membayar AS14.92 bilion (RM79 bilion) kepada waris berkenaan.
Itu sebagai obligasi kita akibat perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan dari Britain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yakinkan kita bahawa tuntutan itu tidak sah dan tidak berlandaskan undang-undang.
Awang tak terperanjat apa yang terjadi di Azerbaijan akan menaikkan semangat waris Kesultanan Sulu untuk menuntut aset kita di tempat-tempat lain.
Awang harap kita tidak lagi mencemuh tuntutan itu.
Pihak kerajaan perlu serius tangani isu ini. Wang yang terlibat bukan sedikit.
Tuntutan yang dibuat oleh keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamaluddin Kiram II nampaknya sudah menampakkan hasilnya.
Kerajaan juga patut sangat beri penjelasan tentang sejarah dan latar belakang tuntutan tersebut agar rakyat Malaysia faham kedudukan sebenar.
Kita sudah hilang Batu Putih walaupun nampak pulau kecil tapi jejas maruah kita.
Akan hilangkah aset negara kelak oleh sebab tuntutan yang selama ini kita anggap jenaka dari Mindanao?
Klik di sini untuk terus membaca