SHAH ALAM - Pelaksanaan penjimatan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilakukan bagi menyelamatkan keadaan kewangan negara yang berdepan dengan tekanan peningkatan kos harga barang. Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pelaksanaan penjimatan perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilakukan bagi menyelamatkan keadaan kewangan negara yang berdepan dengan tekanan peningkatan kos harga barang.

Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, kerajaan tiada pilihan lain selain melaksanakan langkah tersebut kerana hasil kerajaan kini perlu memberi keutamaan bagi menguruskan kesan kenaikan harga barang.

"Kedudukan kewangan kerajaan sejak dua dekad lalu berada dalam defisit. Ia bermaksud hasil kurang daripada perbelanjaan. Setiap tahun berhutang untuk tampung perbelan-jaan.

"Tahun ini perbelanjaan bertambah jauh lebih daripada yang dibajetkan oleh sebab peningkatan kos barangan.

"Kenyataan Kementerian Kewangan bahawa ia bakal membelanjakan sebanyak RM77 bilion untuk subsidi, saya pasti angka itu jauh lebih tinggi daripada yang dibajetkan.

"Kewangan kerajaan memang mencabar dan jika ia hendak terus berbelanja untuk bantu, kena tambah hasil serta kurangkan juga perbelanjaan sedia ada. Itu yang sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Kementerian Kewangan pada Khamis mengeluarkan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam bagi mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.

Antara penjimatan yang digariskan itu termasuklah melibatkan perjawatan, kontrak, elaun, aset, penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan.

Menerusi dokumen yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon itu, kerajaan menyasarkan penjimatan peruntukan mengurus kepada sekurang-kurangnya lima peratus.

Dalam pada itu, Nungsari berpandangan bahawa kerajaan sememangnya perlu mencari sumber baharu bagi mendapatkan hasil tambahan untuk menguruskan keperluan kewangan negara.

"Jadi, sebelum kadar cukai dinaikkan atau cukai baharu diperkenalkan, kerajaan sendiri hendaklah mengurangkan perbelanjaannya sendiri,” ujar beliau.

Jelas Nungsari lagi, kerajaan juga boleh meningkatkan penjimatan perbelanjaan tersebut sehingga 10 peratus sekiranya ia mengambil langkah menangguhkan sementara projek mega bernilai belanja berbilion ringgit termasuk yang telah dimulakan.

Selain itu, menurutnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah meningkatkan ke-cekapan perbelanjaan subsidi yang dilihat kini memberi lebih manfaat kepada kumpulan bukan B20 dan B40.

"Kerajaan perlu belanja subsidi hanya untuk kumpulan disasarkan, bukan untuk semua orang.

"Kalau belanja 100 untuk 100 dapat manfaat tetapi kumpulan sasar cuma 20. Lebih cekap sasarkan 20 kepada 20 kumpulan sasar dan guna lebihan 80 bagi tujuan yang lain.

"Kaedah subsidi harga seperti sekarang adalah mahal dan disasarkan untuk semua orang. Kalau nak jimat dana tetapi masih bantu yang perlu bantuan, sasarkan subsidi itu kepada kumpulan sasar,” katanya.

Menurut Nungsari lagi, ia mungkin dalam bentuk tunai atau kupon yang boleh digunakan bagi membeli barangan tertentu.

Klik di sini untuk terus membaca