SHAH ALAM - Dalam laporan pada 5 Mei lalu, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia rumah sewa jangka pendek atau inap desa walaupun sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak membenarkan perkhidmatan itu.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Dalam laporan pada 5 Mei lalu, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia rumah sewa jangka pendek atau inap desa walaupun sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak membenarkan perkhidmatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, perkara itu akan melibatkan pelbagai agensi seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, inap desa telah mewujudkan saingan berat sebelah kepada hotel berlesen yang tertakluk pada peraturan MOTAC, membayar cukai serta yuran hotel.

Bulan lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk tidak membenarkan daftar masuk atau check-in di rumah atas tanah serta bangunan tinggi untuk inap desa, susulan banyak aduan diterima daripada kumpulan penduduk di pangsapuri, kondominium dan kawasan kediaman.

Bagaimanapun, Soon Hin menjelaskan larangan itu hanya dikenakan untuk bangunan tinggi dengan status kediaman yang melarang mereka menyewa secara jangka masa pendek.

Beliau berkata, Pulau Pinang berhasrat untuk mengharamkan sesuatu seperti Airbnb, sebuah pasar dalam talian untuk pencarian tempat tinggal sementara, iaitu pangsapuri atau kondominium yang disewa secara jangka masa pendek kepada pelancong.

Soon Hin berkata, larangan itu tidak akan dikenakan terhadap inap desa berciri kampung yang dibenarkan oleh MOTAC sebagai produk pelancongan dan menambah kerajaan negeri belum memutuskan tarikh penguatkuasaan larangan itu.

Klik di sini untuk terus membaca