SHAH ALAM - Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak dan keluarga yang dijangkiti influenza mengakui mereka menghadapi kesukaran terutama dari segi penjagaan serta perbelanjaan rawatan.
Bagi mereka yang baru pertama berhadapan dengan jangkitan tersebut dalam kalangan ahli keluarga, situasi diserang influenza dengan simptom lebih teruk berbanding demam biasa seperti peningkatan tinggi suhu badan, sakit tekak dan batuk berlebihan pastinya sangat membimbangkan.
Situasi jangkitan influenza yang membabitkan sebahagian besar ahli keluarga termasuk ibu bapa dan anak turut memberikan beban kewangan yang tinggi bagi menampung keperluan kos pemeriksaan, perubatan serta pengambilan vaksin.
Menurut seorang peniaga, Hazatul Iffah Hamid, 43, dari Muar, Johor, kos untuk memeriksa dan membeli ubat bagi tiga orang ahli keluarga yang tidak memiliki sebarang perlindungan insurans kesihatan boleh mencecah sehingga RM900.
Katanya, kos membiayai perubatan keluarga yang tahap jangkitan melibatkan lebih dua orang ahlinya adalah agak mahal.
Hazatul berkata, untuk ubat sahaja, ia boleh mencecah sehingga RM250 bagi seorang pesakit dan itu tidak termasuk kos pemeriksaan dan pengambilan vaksin.
"Tambahan pula sekarang ini kita hadapi isu kekurangan ubat,” katanya yang pernah dijangkiti influenza bersama dua orang anaknya
Seorang suri rumah rumah, Nor Akmar Abdul Malik, 34, pula berkata, sebagai ibu yang tidak pernah berhadapan dengan jangkitan influenza dalam keluarga sebelum ini, ia sememangnya sesuatu yang membimbangkan lebih-lebih lagi anaknya pada ketika itu baru berusia tiga tahun.
"Mula-mula itu kita ingat demam biasa. Tapi bila bagi ubat demam dan tuam pun suhu masih terus tinggi. Jadi malam pertama anak saya kena itu memang tidak boleh tidur sebab perlu sentiasa tuam badan dia.
"Waktu itu risau kalau biarkan suhu tinggi anak akan berisiko terkena sawan,” ujarnya yang terus membawa anaknya ke hospital.
Nor Akmar berkata, selepas melakukan pemeriksaan dan pengambilan ubatan, dia bersama anaknya terus tinggal kuarantin di rumah sehingga sehingga pulih.
Klik di sini untuk terus membaca