SHAH ALAM - Kebanyakan individu yang datang ke klinik setiap hari adalah mereka yang dijangkiti influenza dan Covid-19, kata seorang pengamal perubatan am di sebuah klinik Desa Petaling, Kuala Lumpur, Dr Eratha Krishnan Gobinadan.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kebanyakan individu yang datang ke klinik setiap hari adalah mereka yang dijangkiti influenza dan Covid-19, kata seorang pengamal perubatan am di sebuah klinik Desa Petaling, Kuala Lumpur, Dr Eratha Krishnan Gobinadan.

Menurutnya, setiap hari pihaknya mengesan sekurangnya-kurangnya enam orang dijangkiti influenza manakala lima lagi Covid-19.

Namun jelas beliau, pihaknya menghadapi masalah untuk merawat pesakit influenza.

"Bila kita dapat tahu ada kes influenza, kita nak rawat tak ada ubat. Ubat influenza itu tidak ada stok dan susah sangat (nak peroleh). Itu masalah besar sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Eratha berkata, jika tiada ubat, pihaknya akan merujuk pesakit ke hospital untuk mendapatkan ubat di samping pihak klinik memberikan ubat batuk, selesema dan demam.

Tambahnya, ubat influenza juga sukar didapati di farmasi kerana negara pada waktu ini mengalami masalah kekurangan ubat."Kita tak tahu dari mana dan macam mana nak dapatkan (ubat). Kita telefon wakil perubatan daripada syarikat farmasi, mereka pun tak ada stok,” katanya.Disebabkan itu, beliau berharap kerajaan boleh mengatasi masalah kekurangan ubat sama ada dengan cara mengimport atau menghasilkan sendiri ubat.

Klik di sini untuk terus membaca