NAMA Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis tiba-tiba menjadi perhatian rakyat Malaysia sejak Isnin.
Ahli Parlimen Warisan itu bukan sahaja enggan duduk tetapi berkali-kali mempertikaikan keengganan Speaker, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menolak usul mengenai isu tuntutan waris kesultanan Sulu untuk dibahaskan.
Ramai yang terkejut kerana dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang, Isnaraissah Munirah bukanlah 'tukang bikin panas' dalam Parlimen berbanding beberapa pemimpin DAP, PKR dan Amanah.
Tapi pagi Isnin, Isnaraissah Munirah bagaikan 'srikandi' yang enggan menyerah kalah apabila usul berkaitan kedaulatan Sabah dan Malaysia tidak diterima Speaker.
Akhirnya dia dihalau dari dewan, namun menariknya tiba-tiba segerombolan ahli Parlimen pembangkang membuat benteng bagi mengelakkan bentara dewan mengusir Isnaraissah Munirah.
Sinar Premium mendapatkan Isnaraissah Munirah secara eksklusif untuk mendekati dan mendalami isi hatinya mengenai insiden di Parlimen itu.
SINAR PREMIUM: Kenapa Yang Berhomat (YB) menjadi individu paling lantang dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu tuntutan waris kesultanan Sulu di Dewan Rakyat pada Isnin?
ISNARAISSAH MUNIRAH: Sejak kecil lagi saya sudah dihidangkan dengan isu ini, tetapi tiada penyelesaiannya hingga sekarang. Malah sampai saya sendiri menjadi Ahli Parlimen pun tidak selesai.
Saya melihat kerajaan Persekutuan tidak pernah serius dan enggan mahu menyelesaikan pun hal ini dari dulu sehingga lah sekarang.
- Adakah YB menyesal 'dihalau' keluar dari Dewan Rakyat oleh Speaker kerana membangkitkan isu berkenaan di Parlimen?
Saya tidak menyesal berjuang sehingga dihalau dari dewan. Saya sudah cuba berhabis-habisan untuk minta isu ini dibahaskan sejak Mac 2022, dan kini sudah dirampas aset Petronas. Apa yang saya buat, saya pertahankan betapa pentingnya isu ini.
- Apa perasaan apabila ramai Ahli Parlimen pembangkang bangun dan membentuk benteng untuk menghalang YB dari di bawa keluar Dewan Rakyat semalam?
Saya berasa terharu dan berterima kasih kepada semua yang jadi bentang semalam (pada Isnin).
- Apa sebenarnya kebimbangan YB jika isu tuntutan berkenaan jika tidak diselesaikan?
Kalau kes arbitrasi award ini boleh berpihak kepada waris Sulu (di Mahkamah antarabangsa) dan sudah merampas aset Petronas, what’s next? Takkan lah satu-satu aset Malaysia dalam keadaan bahaya baru mahu bertindak? Atau lebih teruk berlaku lagi pertumpahan darah macam di Tanduo. Kena lihat betapa bersungguhnya mereka (waris kesultanan Sulu) dalam hal ini.
- Adakah YB akan terus menuntut supaya usul berkenaan dibahaskan di Parlimen selepas diarahkan keluar dewan?
Saya sudah pun menghantar usul yang keempat tadi (semalam) di bawah Peraturan Mesyurat 43, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti yang diarahkan oleh Timbalan Speaker.
- Apa pilihan lain mungkin diambil YB dan Warisan jika Speaker terus tolak usul berkenaan?
Saya akan buat sehabis (sebaik) mungkin. Atas semangat ASEAN, saya minta juga kerajaan Filipina untuk menggugurkan Akta Republik No 5446, 1968 untuk mengeluarkan nama Sabah dalam akta itu. Malaysia adalah negara berdaulat tiada dolak dalik. Saya tidak fasih dari segi perundangan, tapi sepatutnya kita kena hantar 'stay of execution' kepada semua negara yang menandatangani New York Convention sebab, setiap negara mempunyai undang-undang berbeza.
Klik di sini untuk terus membaca